2hari ago
LABUAN, 18 Nov (Bernama) -- Ahli akademik dan penyelidik dari lima negara Asia Tenggara telah berkumpul di pulau Labuan hari ini untuk Persidangan Perniagaan Antarabangsa Gunaan keenam (AIBC 2026).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mempertingkatkan langkah penyeliaan dan keperluan kawal selia bagi memastikan institusi kewangan kekal berdaya tahan terhadap ancaman siber yang sentiasa berkembang, termasuk keupayaan mereka mengesan, bertindak balas dan memulihkan keadaan susulan insiden siber.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 berbanding 5.3 peratus pada suku ketiga tahun lepas, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan, peningkatan aktiviti pelaburan serta prestasi eksport yang lebih kukuh, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
2hari ago
SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- China, sebagai antara kuasa teknologi terkemuka dunia, mempunyai peranan penting dalam memperkukuh kerjasama dengan negara kuasa pertengahan di Asia Tenggara, terutamanya dalam kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama)-- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) mengumumkan portfolio sukuk jangka pendek belum tebusnya mencecah rekod US$7.6 bilion (US$1=RM4.09).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang memperkukuh rangkaian pengagihan elektrik dan mempercepat perancangan pembangunan infrastruktur bagi menampung peningkatan permintaan tenaga elektrik susulan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan industri pusat data, di samping memastikan bekalan kepada pengguna sedia ada kekal stabil dan terjamin.
3hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 17 Nov (Bernama) -- Rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu memperkukuh tindakan dasar yang diselaraskan bagi mendepani pelbagai tekanan ekonomi, termasuk kenaikan harga tenaga, perpecahan geopolitik dan keadaan kewangan yang mencabar.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Perniagaan di Malaysia sedang melakukan penyesuaian terhadap ketidaktentuan dan gangguan dalam perdagangan, dengan 88 peratus daripadanya mengakui langkah yang dilaksanakan itu adalah berkesan, menurut Tinjauan Global Trade Pulse 2026 oleh HSBC Malaysia.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM83.32 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir pada 30 September 2026, iaitu meningkat 30 peratus berbanding RM63.99 bilion dalam tempoh yang sama pada 2025.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Malaysia semakin dilihat sebagai destinasi pelaburan utama untuk sektor bernilai tinggi, disokong oleh pengembangan dalam ekonomi digital dan keupayaan teknologinya selain usaha berterusan bagi mengukuhkan daya saingnya.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) global dijangka perlahan kepada 2.7 peratus pada 2026 dan 2.8 peratus pada 2027, susut daripada tiga peratus pada 2025, demikian menurut Moody’s Analytics.
4hari ago
SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Malaysia mahu Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) terus memainkan peranan dalam memperkukuh sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka, telus, inklusif dan berasaskan peraturan, dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebagai terasnya.