3hari ago
SEPANG, 26 Okt (Bernama) -- Lufthansa Airlines hari ini melancarkan semula perkhidmatan penerbangan terus yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Frankfurt, Jerman, sekali gus mengembalikan hubungan udara berkenaan selepas hampir sedekad.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pansar Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Perbena Emas Sdn Bhd, menerima surat setuju terima (LoA) daripada KKB Engineering Bhd untuk kerja-kerja subkontrak sivil dan struktur bernilai RM170.86 juta.
3hari ago
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berpeluang mendapat manfaat daripada projek elektrik rentas sempadan melibatkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui penyertaan kontraktor tempatan, kepakaran kejuruteraan dan pembangunan mekanisme sijil tenaga boleh baharu.
3hari ago
SIBU, Okt 26 (Bernama) -- Menambah baik kesalinghubungan udara dan infrastruktur berteknologi tinggi perlu diutamakan di bawah cadangan Zon Ekonomi Sibu (SEZ) untuk menarik pelaburan, bakat berkemahiran dan industri bernilai tinggi ke bahagian tengah Sarawak, kata usahawan tempatan Dr Gregory Hii Sui Cheng.
3hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik untuk melaksanakan peranan penting sebagai hab pusat data serantau sekiranya berupaya mengekalkan kelebihan daya saingnya, menurut Moody’s Ratings.
4hari ago
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga dan menarik pemaju pusat data bagi membuat pelaburan di negara ini, menurut syarikat penjanaan elektrik terbesar Jepun, JERA.
4hari ago
ISKANDAR PUTERI, 25 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor menyasarkan penjanaan kira-kira 5 gigawatt (GW) tenaga solar dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang sebagai penyelesaian jangka panjang untuk menampung lonjakan permintaan terhadap elektrik didorong oleh pertumbuhan pesat sektor pusat data di negeri ini.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) mencadangkan program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM11.64 bilion menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pengurusan Air SPV Bhd (PASB), bagi memenuhi keperluan perbelanjaan modal strategik jangka panjang dalam tempoh 10 tahun akan datang.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Industri pusat data di Johor yang terus berkembang pesat dijangka memacu permintaan tenaga elektrik yang ketara, sekali gus membuktikan kepentingan untuk meneruskan pembangunan infrastruktur tenaga.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Sektor minyak dan gas (O&G) bersepadu Malaysia dijangka mengekalkan prospek positif pada suku keempat 2026, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan daya tahan operasi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).