1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SNS Network Technology Bhd, SNS Network (M) Sdn Bhd meraih perjanjian jualan bernilai US$298.65 juta (RM1.21 bilion) untuk membekalkan pelayan kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi kepada syarikat hiburan digital global beribu pejabat di Singapura.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin seiring dengan pergerakan pasaran tunai.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan, dengan harga minyak mentah menjadi pemacu utama di tengah-tengah ketegangan di Asia Barat.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan rendah minggu depan memandangkan aktiviti pengambilan untung dipercayai akan berlaku selepas lonjakan harga baru-baru ini, walaupun harga minyak mentah kekal tinggi.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif dan Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun dalam julat 1,690 hingga 1,720, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi kebanyakannya pada Jumaat, dipacu kestabilan harga tenaga serta peningkatan niaga hadapan minyak makan yang menjadi pesaing.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih rendah pada Jumaat ketika pelabur menunggu pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada minggu depan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan minyak kacang soya di tengah-tengah ketegangan di Asia Barat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga emas yang agak lemah di Bursa Komoditi AS (COMEX).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Zecon Bhd (Zecon), Zecon Renewables Sdn Bhd ditawarkan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM328 juta daripada sebuah lagi anak syarikatnya, Zecon Renewables (Sarawak) Sdn Bhd.