BERITA TERKINI   ⁠Syarikat guna AI perlu jadikan kepercayaan sebagai kelebihan daya saing, bukan sedar pematuhan - Teo | Strategi AI Malaysia perlu berpaksikan rakyat, bukan sekadar tertumpu kepada keupayaan pengkomputeran, produktiviti - Teo | Malaysia perlu jadi hab pembangunan AI serantau, bukan sekadar pengguna - Teo | Nahas helikopter FDS: Proses bedah siasat lima mangsa belum selesai setakat 5 petang ini - Pesuruhjaya Polis Sarawak | RCI TH: Bekas menteri akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan Isnin depan - KP SPRM | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

 Kontrak bulan semasa Julai 2026 naik empat mata kepada 1,721.0, Ogos 2026 dan Disember masing-masing naik tiga mata kepada 1,721.0 dan 1,703.5 manakala September 2026 susut 17 mata kepada 1,700.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,297 lot berbanding 5,802 lot semalam dan kepentingan terbuka meningkat sedikit kepada 45,316 kontrak daripada 45,095 kontrak, sebelum ini.

Ad Banner

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FBM KLCI meningkat 3.22 mata kepada 1,714.59 berbanding 1,711.37 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA 

 

Ad Banner
Ad Banner