Terdapat 815 berita berdasarkan kata kunci carian "th"

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, dengan kaunter utiliti, telekomunikasi dan media, serta produk dan perkhidmatan perindustrian terus memberikan sokongan kepada bursa tempatan.

Keyfield Umum Beli Kapal Korek Inai Kenanga Pada Harga US$24.7 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keyfield International Bhd membeli Inai Kenanga, sebuah kapal korek sedutan berkapasiti mega dengan bayaran tunai US$24.7 juta (US$1=RM4.02).

Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis, pelabur membuat persediaan awal untuk minat belian yang berpotensi berlaku menjelang sambutan Hari Kebangsaan dalam beberpa hari akan datang.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) --Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh minat belian selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini, walaupun dolar yang lebih kukuh mengehadkan potensi kenaikan seterusnya, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Melonjak 12.21 Mata Ketika Saham YTL, Perbankan Pacu Pasaran

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Rabu, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau ketika penurunan harga minyak meredakan tekanan inflasi dan memacu minat risiko dengan aktiviti belian menumpukan saham berkaitan YTL dan perbankan, kata penganalisis.

Untung Bersih Suku Kedua Petronas Gas Meningkat Kepada RM453.33 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM453.33 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM450.19 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Susulan Hasil Perbendaharaan AS Lemah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, disokong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah menjelang simposium Jackson Hole Rizab Persekutuan AS (Fed).

Kerjasama Rentas Sektor Perlu Tangani Inflasi Perubatan - Allianz

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kerjasama lebih erat antara sektor awam dan swasta, syarikat insurans serta hospital diperlukan bagi menangani peningkatan inflasi perubatan dan memastikan kos penjagaan kesihatan kekal mampu ditanggung, kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Bhd Giulio Slavich.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau, disokong oleh penyusutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak lebih rendah.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Asas Domestik Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong oleh asas domestik yang berdaya tahan walaupun sentimen berhati-hati ketika musim pengumuman keputusan kewangan pada masa ini yang mungkin mengehadkan kenaikan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Hasil Perbendaharaan AS Susut

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, disokong oleh penyusutan mata wang unit negara maju itu dan penurunan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Syarikat Penerbangan Asia-Pasifik Dijangka Kekal Kukuh Meskipun Ketidaktentuan Industri - S&P

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Syarikat penerbangan Asia Pasifik terus melabur membeli pesawat cekap bahan api disokong prospek permintaan jangka panjang, hutang yang lebih rendah susulan pandemik selain pembiayaan yang pelbagai bagi menangani ketidaktentuan industri.