7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Insurans kaptif semakin mendapat pengiktirafan sebagai penyelesaian pembiayaan risiko yang strategik berikutan perniagaan berusaha memperkukuh daya tahan, meningkatkan kawalan terhadap pembiayaan risiko serta menangani risiko baharu, menurut Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd (Labuan IBFC).
7hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup bercampur pada Jumaat, menjejaki prestasi lebih lemah niaga hadapan getah serantau serta penurunan harga minyak mentah.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) melengkapkan cadangan pengambilalihan bagi baki kepentingan 30.95 peratus dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (Maybank Ageas), selepas memeterai perjanjian pembelian saham dengan Ageas Insurance International NV (Ageas) pada 8 Sept 2026.
7hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk meraih kelebihan sebagai peneraju awal dalam gelombang kedua pembangunan infrastruktur pengkomputeran hiperskala dan kecerdasan buatan (AI) di ASEAN.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd mengekalkan sasaran indeks FBM KLCI iaitu penunjuk utama Bursa Malaysia bagi akhir 2026 pada 1,770, didorong oleh kebolehlihatan perolehan lebih jelas daripada perbelanjaan Malaysia ke atas sektor tenaga dan infrastruktur grid.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia berjumlah RM170.5 bilion pada Julai 2026, meningkat 9.0 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh tekanan jualan berterusan di kebanyakan kaunter saham wajaran tinggi selaras dengan prestasi serantau yang lemah dalam lonjakan harga minyak berikutan ketegangan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kaunter perladangan kekal menjadi tumpuan apabila bank-bank pelaburan mengekalkan pendirian positif berikutan lonjakan harga minyak mentah Brent melebihi US$100 setong didorong oleh ketegangan yang kembali meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
7hari ago
Oleh Rosemarie Khoo & Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan berterusan di Wall Street didorong oleh konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang berpanjangan dan harga minyak mentah yang tinggi memberi impak kepada sentimen, kata penganalisis.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jabatan Audit Negara (JAN) akan membuka kaunter meja bantuan di ibu pejabat dan JAN negeri bagi membantu syarikat kerajaan menyelesaikan penilaian Sistem e-SelfAudit.
7hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, dipengaruhi oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada jangkaan, sekali gus menyokong dolar AS.