Terdapat 380 berita berdasarkan kata kunci carian "e"

Ringgit Teruskan Aliran Meningkat Berbanding Dolar, Disokong Langkah Fed Kekalkan Kadar Faedah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar AS pada Khamis susulan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) untuk mengekalkan kadar faedahnya pada paras 3.75 peratus hingga 4.00 peratus, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan pasaran serantau berikutan tekanan jualan berterusan terhadap saham mewah yang menjejaskan sentimen pasaran.

Pembiayaan Jalan Luar Bandar Diutamakan, Peruntukan 2026 Naik Kepada RM3.1 Bilion - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) – Kerajaan mengutamakan pembiayaan projek Program Jalan Luar Bandar (JALB) dengan peruntukan dinaikkan kepada RM3.1 bilion bagi 2026 berbanding peruntukan asal RM2.11 bilion, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Kerajaan Ambil Pendekatan Bersasar Bantu PKS Terjejas – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan bersasar bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas termasuk melalui penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman serta penangguhan pembayaran, kata Kementerian Kewangan.

Peruntukan Untuk Semua Negeri Meningkat, Sabah Dan Sarawak Tertinggi - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan sentiasa memenuhi keutamaan projek yang dicadangkan kerajaan negeri termasuk meningkatkan peruntukan kepada kesemua negeri, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) --  Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, menurut seorang peniaga.

Parkland Terima Kelulusan SC Disenarai Di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Parkland Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dan cadangan penyenaraian sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Kerajaan Ambil Pendekatan Bersasar Bantu PKS Terjejas – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan bersasar bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas termasuk melalui penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman serta penangguhan pembayaran, kata Kementerian Kewangan.

Kerajaan Kekalkan SST, Belum Pertimbang GST Untuk Elak Bebankan Rakyat - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mengekalkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) manakala Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum menjadi pilihan selagi kos sara hidup membebankan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Projek Solar Terapung Chereh RM850 Juta Bakal Wujudkan 1,500 Peluang Pekerjaan

KUANTAN, 29 Okt (Bernama) -- Projek solar fotovolta (PV) terapung bernilai RM850 juta di Empangan Chereh dijangka mewujudkan kira-kira 1,500 peluang pekerjaan serta menjana tenaga elektrik bersih yang bersamaan dengan penggunaan tahunan 100,000 isi rumah.

Kerajaan Yakin KDNK 2026 Lebih 5 Peratus, Ekonomi Kukuh Beri Manfaat Kepada Rakyat - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan tahun ini akan melebihi 5 peratus yang menandakan pencapaian pertumbuhan melebihi 5 peratus bagi tahun ketiga berturut-turut di bawah Kerajaan MADANI,  kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

41,334 Pekebun Kecil Sertai Skim Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Dianggarkan seramai 41,334 pekebun kecil sawit melibatkan kawasan seluas 105,172.67 hektar dikenal pasti menyertai Skim Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).