Terdapat 221 berita berdasarkan kata kunci carian " kada"

Purata Dagangan Harian Pertukaran Asing Malaysia Meningkat Kepada US$21.3 Bilion - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pasaran pertukaran asing (FX) Malaysia kekal kukuh dengan purata dagangan harian forex meningkat kepada US$21.3 bilion setakat Jun 2026 daripada US$19.8 bilion pada 2025, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringgit Susut Sedikit Tahun Ini Didorong Jangkaan Kadar Faedah AS Kekal Tinggi - Liew

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Nilai ringgit mencatatkan sedikit penyusutan berbanding dolar AS pada tahun ini didorong oleh tekanan luaran terutamanya jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang kekal tinggi.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai. 

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Data Ekonomi AS Yang Kukuh Sokong Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dan dijangka dalam jajaran kecil menjelang pengumuman laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi AS pada Khamis.

Sunway Peroleh Tapak Kediaman S$750.57 Juta Di Singapura

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Sunway Bhd menerusi anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, SMCL Haven 3 Pte Ltd (SMCLH3), memperoleh tapak pembangunan kediaman bernilai S$750.57 juta (RM2.4 bilion) di River Valley Green, Singapura, melalui bidaan bersama CSC Land Group (Singapore) Pte Ltd.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, seiring kelemahan pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) susulan pendirian cenderung mengetatkan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang menjejaskan sentimen pasaran terhadap prospek kenaikan kadar faedah.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Negara ASEAN Menjelang Data PMI AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang negara ASEAN serta naik berbanding kebanyakan mata wang utama lain hari ini, apabila pelabur menunggu data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS bagi Jun yang akan dikeluarkan malam ini.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

SIC, DC Union Bangunkan Pusat Data Bernilai RM2.5 Bilion

SHAH ALAM, 23 Jun (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi anak syarikatnya, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) memeterai perjanjian usahasama (JVA) bersama Data Centre Union Sdn Bhd (DC Union) untuk membangunankan pusat data berteknologi tinggi di Cyberjaya, Selangor.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai. 

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Damai Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan rundingan damai di Asia Barat telah menunjukkan kemajuan, kata seorang penganalisis.

Indonesia Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi 26.34 Trilion Rupiah Pada Separuh Kedua 2026

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 22 Jun (Bernama) -- Indonesia akan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bernilai 26.34 trilion rupiah (1 juta rupiah=RM231.2) pada separuh kedua 2026 yang turut merangkumi insentif pengangkutan, program penggajian dan langkah bantuan makanan.