11hari ago
PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Langkah pelanjutan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat perkapalan selama 10 tahun lagi dapat menggalakkan lebih banyak syarikat berkenaan mendaftarkan kapal masing-masing di Malaysia berbanding di negara lain yang menawarkan insentif cukai.
11hari ago
PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat kepada tiga peratus dalam jangka sederhana bagi memastikan kedudukan kewangan negara kekal mampan, dengan menyasarkan defisit diturunkan kepada 3.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2027.
11hari ago
KUALA LUMPUR, Oct 12 (Bernama) -- Kerajaan perlu mengimbangi kekangan fiskal dengan keperluan untuk meneruskan pembangunan negara dan melindungi kebajikan rakyat, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong aktiviti belian terpilih ketika harga rendah dan sentimen optimis berkaitan Belanjawan 2027, seiring dengan pemulihan Wall Street.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) diberi mandat oleh kerajaan untuk melaksanakan inisiatif strategik melebihi RM7 bilion merentasi tujuh sektor keutamaan di bawah Belanjawan 2027.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan mengurangkan risiko kebergantungan Malaysia terhadap sektor semikonduktor dengan mempelbagaikan rantaian nilai elektrik dan elektronik (E&E), mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi serta memperluas pasaran eksport.
11hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani and Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh komitmen kerajaan terhadap disiplin fiskal susulan pembentangan Belanjawan 2027 Jumaat lepas.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Langkah pelepasan cukai pendapatan individu dalam Belanjawan 2027 berpotensi memberikan penjimatan bayaran cukai tahunan sehingga RM1,600 kepada kira-kira lima juta pembayar sekali gus menyokong perbelanjaan golongan berpendapatan sederhana, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Industri digital Malaysia menyambut baik Belanjawan 2027 sebagai satu langkah penting bagi mempercepatkan transformasi digital dan aspirasi kecerdasan buatan (AI) negara, sambil memuji tumpuan komprehensif terhadap ekonomi digital, infrastruktur, rakyat dan kerajaan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 menangani tekanan yang dihadapi isi rumah di bandar termasuk golongan berpendapatan sederhana yang semakin terkesan selain golongan berpendapatan rendah menerusi beberapa langkah, menurut Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara (SEAFIC).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 menawarkan peluang untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing Malaysia menerusi industri bernilai tinggi, inovasi teknologi dan integrasi serantau yang lebih mendalam, menurut AFFIN Bank Bhd.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Cadangan pengecualian kenaikan gaji minimum bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan nilai jualan tahunan di bawah RM50 juta akan memberikan ruang yang diperlukan mereka untuk memperkukuh operasi serta meningkatkan produktiviti.