BERITA TERKINI   Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang pagi ini - Bomba | 

Terdapat 164 berita berdasarkan kata kunci carian "anwar"

Beberapa Penerbangan AirAsia Mungkin Dibatal Berikutan Jerebu

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Beberapa penerbangan AirAsia mungkin dibatalkan berikutan jarak penglihatan yang terhad akibat jerebu di beberapa bahagian di Malaysia Timur dan Kalimantan Barat.

Syarikat China Mingyang Sasar Perluas Peranan Dalam Peralihan Tenaga Malaysia

Daripada Samantha Tan Chiew Tieng

GUANGZHOU, 4 Sept (Bernama) -- Gergasi tenaga bersih China, Mingyang Smart Energy Group Co Ltd, menyasar untuk memperluas penglibatannya di Malaysia dalam tenaga angin luar pesisir, solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) dan hidrogen, sejajar dengan aspirasi negara di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

MIGJA Harap Belanjawan 2027 Kekalkan Pengecualian Cukai Barang Kemas Emas

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Persatuan Tukang Emas dan Barang Kemas India Malaysia (MIGJA) berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada bulan depan, terus mengekalkan pengecualian cukai ke atas barang kemas emas bagi mempertahankan daya saing industri.

Dasar PMKS Perlu Utamakan Sokongan Bersepadu, Berorientasikan Hasil - MIER

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Dasar Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Malaysia perlu beralih daripada sekadar meningkatkan jumlah bantuan kepada pembentukan ekosistem sokongan yang lebih bersepadu, mudah diakses dan berorientasikan hasil, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Tambahan RM1 Bilion Dana Mikrokredit Perlukan Proses Kelulusan Lebih Pantas - FMM

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) - Tambahan RM1 bilion dalam kemudahan dana mikrokredit daripada RM5 bilion kepada RM6 bilion bagi 2026 perlu disertakan dengan prosedur permohonan yang lebih mudah, terma pembiayaan berpatutan dan kelulusan serta pembayaran lebih pantas.

PKMS Dengan Pendapatan Kurang RM3 Juta Tidak Wajib Laksana E-invois

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan pendapatan atau jualan tahunan kurang daripada RM3 juta tidak diwajibkan untuk melaksanakan e-Invois susulan kenaikan nilai ambang pelaksanaan e-Invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta.

PM Anwar Umum Enam Ikhtiar Segera Tangani Kos Sara Hidup Rakyat

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan enam ikhtiar segera untuk rakyat merangkumi subsidi bahan api, penyelenggaraan sekolah, kecerdasan buatan (AI), pendigitalan kesihatan, e-Invois dan pembiayaan mikro yang akan berkuat kuasa 1 Sept ini.

Kerajaan Teliti Cadangan Rancakkan Perniagaan PMKS Dalam Belanjawan 2027 – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti pelbagai cadangan dan inisiatif yang boleh membantu merancakkan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam Belanjawan 2027.