Terdapat 388 berita berdasarkan kata kunci carian " projek"

Zetrix AI Raih Untung Bersih Lebih Tinggi Pada RM269.25 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Zetrix AI Bhd (Zetrix AI) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM269.25 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM199.15 juta dalam tempoh pada 2025.

Untung Bersih E&O Meningkat Kepada RM58.11 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Eastern & Oriental Bhd (E&O) meningkat kepada RM58.11 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2026 daripada RM45.41 juta pada suku pertama tahun kewangan 2026.

McDonald’s Malaysia, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih

BATU KAWAN, 24 Ogos (Bernama) -- McDonald’s Malaysia memperkukuh kerjasama tenaga boleh baharu dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui pemasangan solar atas bumbung, penyumberan elektrik boleh baharu dan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kemampanan di seluruh rangkaian restorannya.

FBG Holdings Mohon Tamatkan Kerjasama Dengan PDC Bagi Pembangunan Medicity

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- FBG Holdings Bhd sedang memohon untuk menamatkan kerjasamanya dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi cadangan projek pembangunan bersama MediCity di Batu Kawan, Pulau Pinang.

MMHE Catat Lonjakan Untung Bersih Kepada RM60.59 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE) mencatatkan lonjakan untung bersih iaitu sebanyak RM60.59 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 daripada RM10.05 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

LBS Bina Raih Untung Bersih RM15.04 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- LBS Bina Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM15.04 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM27.08 juta pada suku kedua tahun kewangan 2025.

Saham  YTL Corp Naik 1.64 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Harga saham YTL Corporation Bhd (YTL Corp) meningkat 1.64 peratus pada dagangan awal Jumaat, meskipun syarikat itu melaporkan keuntungan bersih lebih rendah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026.

YTL Power Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM1.68 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Power International Bhd menyusut kepada RM1.68 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM2.54 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

TM Berminat Sertai Projek Rangkaian Kabel Dasar Laut SALAM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) berminat untuk menyertai projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Amar Huzaimi Md Deris.

Untung Bersih Dialog Meningkat Kepada RM593.55 Juta Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd meningkat kepada RM593.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM303.82 juta pada tahun kewangan 2025.

Pembangunan Pesisir Pantai Labuan Berpeluang Jadi Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi

LABUAN, 20 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Labuan mengusulkan supaya projek pembangunan pesisir pantai Labuan dijadikan antara agenda utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi memanfaatkan potensi pulau bebas cukai itu yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Unit Bintai Kinden Peroleh Kontrak Projek Pembangunan Di Ayer Keroh Daripada PLUS

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bintai Kinden Corporation Bhd, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd menerima kontrak daripada PLUS Malaysia Bhd bagi projek pembangunan melibatkan dua bidang tanah dengan keluasan kira-kira 41.68 hektar di Ayer Keroh, Melaka.