18hari ago
PETALING JAYA, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia menjangkakan kira-kira sembilan gigawatt (GW) kapasiti kuasa gas akan digunakan menjelang 2032, bagi menampung permintaan elektrik yang semakin meningkat di samping menamatkan penjanaan arang batu secara berperingkat.
18hari ago
PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti usaha bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan memastikan sektor agrikomoditi terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
18hari ago
PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Sokongan kepada pekebun kecil perlu bergerak seiring dengan usaha memperkukuh keseluruhan rantaian nilai agrikomoditi untuk memastikan pertumbuhan industri turut memberi manfaat kepada golongan itu, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
18hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, disokong harga minyak mentah yang lebih kukuh serta kenaikan niaga hadapan minyak sawit olein di Bursa Komoditi Dalian (DCE), China.
18hari ago
Oleh Rosemarie Khoo dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh minat belian baharu terhadap saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor perbankan dan telekomunikasi, kata seorang penganalisis.
18hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit pada Isnin selepas Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan data gaji bukan ladang (NFP) yang kukuh selain pasaran menunggu laporan inflasi AS yang akan dikeluarkan lewat minggu ini.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini menjejaki prestasi niaga hadapan emas yang lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Konvensyen teknologi Selangor, yang dahulunya dikenali sebagai Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC), dijenamakan semula sebagai AiSEM@Selangor, Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Malaysia menganjurkan Persidangan Ketua-Ketua Pengarah Penerbangan Awam, rantau Asia dan Pasifik (DGCA/61) ke-61 dari 7 hingga 11 September, 2026, menghimpunkan lebih 500 peserta dari 35 negara untuk salah satu perhimpunan penerbangan awam paling penting di rantau berkenaan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada sesi dagangan tengah hari berikutan aktiviti pembelian saham berwajaran tinggi terpilih, yang diterajui oleh saham telekomunikasi, produk pengguna dan utiliti.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Aliran masuk asing ke dalam bon kerajaan Malaysia berjumlah RM11.1 bilion pada Ogos, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).