BERITA TERKINI   Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik - Mohamad Sabu | KPKM sedia laksana pembenihan awan jika paras empangan di Kedah kritikal - Mohamad Sabu | Isu Utusan Malaysia, Kosmo! : Kerajaan pernah bantu, isu terkini wajar tanya pemilik - PM Anwar | PM Anwar tegaskan perancangan, pembangunan bandar tidak pinggirkan nilai kemanusiaan, kebajikan rakyat | Kerajaan akan pastikan pembangunan pusat data tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada industri sedia ada - Menteri MITI | 

Niaga Hadapan Emas Dijangka Bergerak Dalam Julat Terhad, Cenderung Menurun Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas dijangka bergerak dalam julat terhad dengan kecenderungan sedikit menurun minggu depan, kata seorang penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga logam berharga itu berkemungkinan kekal rendah dalam tempoh terdekat berikutan kadar inflasi yang lebih tinggi di Amerika Syarikat (AS), yang berkemungkinan menyebabkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat.

Ad Banner
Ad Banner

"Harga niaga hadapan emas dijangka kekal dalam lingkungan US$3,950 hingga US$4,000 seauns troy," katanya kepada Bernama.

Berdasarkan perbandingan minggu ke minggu, kontrak Oktober 2026 susut kepada US$3,981.10 seauns troy pada Jumaat daripada US$4,027.60 sebelum ini, manakala kontrak November 2026 merosot kepada US$4,003.00 seauns troy daripada US$4,043.60 dan kontrak Disember 2026 turun kepada US$4,017.90 seauns troy daripada US$4,059.20.

Sementara itu, kontrak Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing susut kepada US$4,019.00 seauns troy daripada US$4,059.20 sebelum ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 341 lot daripada 503 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 65 kontrak berbanding 163 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,026.30 seauns troy berdasarkan penetapan harga petang Persatuan Pasaran Jongkong London (LBMA) pada 29 Okt 2026.

-- BERNAMA