Terdapat 376 berita berdasarkan kata kunci carian " harga minyak "

Ringgit Ditutup Tinggi Teruskan Kenaikan Berbanding Mata Wang Utama

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikannya untuk ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama dan serantau pada Selasa, apabila jangkaan Rizab Persekutuan AS kemungkinan besar tidak menaikkan kadar faedahnya pada September telah menjejaskan dolar AS.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Saham Komoditi, Perladangan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa mengatasi prestasi kebanyakan bursa serantau lain disokong oleh peningkatan dalam saham berkaitan komoditi dan perladangan, kata seorang penganalisis.

Pertumbuhan Ekonomi Separuh Pertama 2026 Bukti Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang memberangsangkan pada separuh pertama tahun ini, yang melangkaui unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) antara empat hingga lima peratus, membuktikan ekonomi negara kekal berdaya tahan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Didorong Prospek Permintaan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong harga minyak sayuran lain yang lebih kukuh serta prospek permintaan yang semakin baik.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Serantau, Kebimbangan El Niño

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan prospek fenomena El Niño yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data KDNK Lebih Kukuh

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menjejaki menjejaki pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2026 Malaysia yang lebih kukuh daripada jangkaan sebanyak 6.0 peratus, kata seorang ahli ekonomi.

Adakah Malaysia Telah Cukup Bersedia Untuk Beralih Kepada EV Bateri?

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Setahun yang lalu, semasa mengikuti program Wolfson Press Fellowship di Universiti Cambridge di United Kingdom, penulis bergelut dengan satu persoalan yang sering bermain di fikiran yang penulis sendiri sukar untuk menjawabnya. 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Pengukuhan Ringgit

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Risiko El Nino Pacu Unjuran Harga MSM 2026 RM4,400 Setan Metrik - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,400 setan metrik bagi 2026 dan RM4,450 setan metrik bagi 2027 sementara menunggu musim pengumuman keputusan kewangan yang akan datang.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Harga Minyak Lebih Lemah, Ringgit Mengukuh

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah pada Khamis disebabkan harga minyak mentah yang lebih rendah dan ringgit yang sedikit kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, didorong oleh tekanan jualan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terutama dalam sektor perladangan, perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Bursa Malaysia Susut Selepas Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis dan kemudiannya menyusut berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan semalam walaupun Wall Street ditutup kebanyakannya tinggi dalam tempoh semalaman.