BERITA TERKINI   Kira-kira 87,000 pesakit berdaftar di bawah program Ubat Melalui Pos dijangka nikmati penghantaran ubat percuma mulai 1 Okt ini - Fahmi | Pendaftaran Ubat Melalui Pos hanya dilakukan melalui fasiliti KKM dan bukan menerusi akaun media sosial - Fahmi | Empat daripada 10 ahli mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 menjelang usia 60 tahun - PM Anwar | Kerajaan telah memperuntukkan RM1.26 bilion untuk kebajikan warga emas, memanfaatkan 180,000 warga emas Malaysia serta memperluaskan pusat aktiviti - PM Anwar | Kes FELDA: Bekas CEO FIC didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas dua tuduhan perdaya berhubung projek Kuala Lumpur Vertical City  | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Pengukuhan Ringgit

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Awal hari ini, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0835/0895 berbanding dolar AS daripada 4.0850/0890 semasa ditutup semalam. 

Ad Banner

Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh permintaan daripada pengguna yang lemah dan persaingan harga yang sengit dalam pasaran automotif domestik China.

“Permintaan terhadap kenderaan domestik China yang lemah terus menjadi kebimbangan walaupun jualan di luar negara lebih kukuh, mengehadkan jangkaan pertumbuhan permintaan jangka pendek,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya harga minyak mentah yang tinggi memberikan sedikit sokongan.

Ad Banner
Ad Banner

“Harga minyak meningkat sedikit berikutan ancaman AS untuk mengenakan sekatan laut terhadap Iran yang mewujudkan semula kebimbangan mengenai potensi gangguan bekalan minyak mentah,” katanya.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent melonjak 0.95 peratus kepada US$87.90 setong.

Sementara itu, pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menurun tujuh sen kepada 909 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan 3.50 sen kepada 688.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA