BERITA TERKINI   Jerebu: Semua sekolah agama di bawah JAIS ditutup sepenuhnya mulai esok, sekolah Islam persendirian disarankan ikut ketetapan - Pengarah JAIS | Jerebu : Semua institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Selangor ditutup sepenuhnya mulai esok - JPN Selangor | Kejuaraan Kelab ASEAN 2026/2027: JDT 6-0 PKR Svay Rieng FC | Jerebu: Semua institusi pendidikan di bawah KPM di Putrajaya ditutup esok | Jerebu: Semua sekolah di Melaka ditutup esok - JPN Melaka | 

Terdapat 151 berita berdasarkan kata kunci carian " tarik"

WCT Holdings Terima Kontrak Pembinaan Bernilai RM926.2 Juta Di Abu Dhabi

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd telah menerima subkontrak pembinaan bernilai RM926.20 juta di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, melalui usaha sama (JV) nisbah kepentingan 50:50 dengan Construction General Contracting House Ltd (CGCH).

Pelancaran Pelan Induk JS-SEZ Disusun Secara Strategik Bagi Perkukuh Keyakinan Pelabur

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Pelancaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) perlu disusun secara strategik bagi memastikan keselarasan dasar, kesiapsiagaan pelaksanaan serta keyakinan pelabur terus diperkukuh, menurut Kementerian Ekonomi.

Ringgit Dijangka Diniagakan RM4.05-RM4.07 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalam julat RM4.05 hingga RM4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika pasaran berkemungkinan menumpukan perkembangan membabitkan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) serta Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Anak Syarikat Binastra Corp Peroleh Kontrak Pusat Data Bernilai RM491.15 Juta

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd, Binastra Builders Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM491.15 juta daripada Exsim Sri Permai Sdn Bhd untuk pembangunan pusat data.

RHB Bank Selesai Terbitan Nota Tahap 2 Bernilai RM410 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- RHB Bank Bhd menyelesaikan penerbitan Nota Tahap 2 (T2) bernilai RM410 juta di bawah Program Notanya.

Pengeksport Malaysia Catat Potensi Perdagangan RM160 Juta Di Ekspo Import Korea 2026

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Delegasi Malaysia telah memperoleh prospek eksport sebanyak RM160 juta di Ekspo Import Korea (KIE) 2026 yang baru sahaja berakhir, mengatasi sasaran awal sebanyak RM120 juta, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Bina Puri Dapat Kelulusan Prinsipal Daripada Pembiaya Bagi Skim Penstukturan Semula

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd memperoleh kelulusan prinsipal daripada pihak pembiaya yang mengambil bahagian bagi cadangan skim penstrukturan semula (PRS) miliknya, susulan proses pengantaraan oleh Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (CDRC).

REDtone Langgan MTN Anak Syarikat Berjaya Corporation Bernilai RM13 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- REDtone Digital Bhd melanggan nota jangka sederhana (MTN) bernilai RM13 juta yang diterbitkan oleh anak syarikat Berjaya Corporation Bhd, Berjaya IPS Equity Sdn Bhd.

Hong Leong Bank Terbit Nota Subordinat Tahap 2 Bernilai RM640 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) menerbitkan nota subordinat berjumlah RM640 juta di bawah program nota subordinat Tahap 2 pelbagai mata wangnya bagi mengukuhkan kedudukan modal serta menyokong keperluan operasi dan perniagaan bank itu.

Vestland Peroleh Kontrak RM135 Juta Daripada Golden Armani

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd (VRSB) menerima surat lantikan daripada Golden Armani Sdn Bhd (GASB) untuk melaksanakan kerja-kerja struktur atas bagi kontrak berjumlah RM135 juta. 

Moneysave, Dewan Perniagaan Labuan Meterai MOU Bagi Inisiatif Pembiayaan PKS RM200 Juta

Oleh Jailani Hasan

KOTA KINABALU, 26 Jun (Bernama) -- Moneysave (M) Sdn Bhd dan Dewan Perniagaan Labuan (LCC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) hari ini untuk melancarkan inisiatif pembiayaan bernilai RM200 juta bagi meningkatkan akses perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sabah dan Labuan kepada modal.

Kerajaan Komited Perkukuh Ekosistem Kewangan Islam, Tarik Pelabur Rusia Ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terus komited membangunkan ekosistem kewangan Islam yang komprehensif untuk menarik pelabur, khususnya dari Rusia melabur dalam sektor kewangan Islam di Malaysia.