Terdapat 178 berita berdasarkan kata kunci carian "tm"

Teknologi Baharu Berpotensi Buka Peluang Untuk Ekonomi Biru Malaysia - Pakar

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Menurut pakar dari Malaysia dan Jepun, teknologi baharu yang sedang berkembang seperti Penukaran Tenaga Terma Laut (OTEC), penghasilan hidrogen menggunakan tenaga angin, dan penyelesaian maritim hijau berpotensi membuka peluang baharu bagi Ekonomi Biru Malaysia.

MBSB Bank Salur RM29.6 Juta Kepada Bisajuta Untuk infrastruktur Sabah

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- MBSB Bank Berhad menyalurkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM29.6 juta kepada Bisajuta Sdn Bhd, kontraktor berpangkalan di Sabah untuk menyokong empat projek infrastruktur awam.

Belanjawan 2027 Perlu Terjemah Daya Tahan Ekonomi Kepada Lonjakan Produktiviti — Ahli Ekonomi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Keutamaan Malaysia dalam Belanjawan 2027 bukan lagi sekadar menjana pertumbuhan ekonomi tetapi memastikan kestabilan pertumbuhan dapat dikekalkan dengan menjadikan pengembangan ekonomi lebih produktif, inklusif dan berdaya tahan sepanjang kitaran ekonomi.

KLIA Seragamkan Bayaran Masuk E-panggilan Pada RM2 Berkuat Kuasa Hari Ini

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah menyeragamkan bayaran masuk untuk kenderaan e-panggilan pada RM2, termasuk cukai, bagi Terminal 1 dan Terminal 2, berkuat kuasa hari ini.

UUE Sasar Projek Infrastruktur Grid Tenaga Skala Besar Melalui JV Dengan EGP Singapura

JOHOR BAHRU, 15 Sept (Bernama) -- Penyedia penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah UUE Holdings Bhd (UUE) mengembangkan perniagaannya kepada segmen kejuruteraan pencawang elektrik voltan amat tinggi (EHV) dan voltan tinggi (HV) iaitu bidang yang mempunyai halangan kemasukan yang tinggi.

YTL Power, Ganda Power Tempah Empat Lagi Unit Turbin Gas Siemens Energy

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- YTL Power International Bhd, Ganda Power dan Siemens Energy memeterai perjanjian tempahan bagi empat lagi unit turbin gas SGT-9000HL.

NCER Sasar Realisasi Pelaburan RM470 Bilion Menjelang 2030

PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menyasarkan untuk merealisasikan pelaburan kumulatif sebanyak RM470 bilion menjelang 2030, dengan 70 peratus daripadanya akan disumbang oleh sektor utama seperti elektrik dan elektronik, automotif, pelancongan bernilai tinggi dan pertanian moden.

Mercedes-Benz Malaysia Perkenal Model Baharu CLA 200 AMG Line, GLC 300 4MATIC Elektrik 

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 14 Sept (Bernama) -- Mercedes-Benz Malaysia pada Isnin memperkenalkan model serba baharu Mercedes-Benz CLA 200 AMG Line untuk pasaran Malaysia yang akan melibatkan pemasangan tempatan di Pekan, Pahang.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini, susulan aktiviti pengambilan untung selepas harga meningkat pada awal sesi, kata seorang penganalisis.

Malaysia Pada Kedudukan Lebih Kukuh Susulan Pembaharuan Fiskal Utama -- Pengerusi SC

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding tempoh sedekad lepas selepas kerajaan melaksanakan beberapa keputusan fiskal penting, termasuk penyasaran semula  subsidi serta tumpuan kepada pembangunan ekonomi.

Tunku Kamariah Letak Jawatan Sebagai Timbalan Pengerusi Techna-X

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Techna-X Bhd memaklumkan Timbalan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar meletak jawatan itu berkuat kuasa hari ini.

PSC, GSA Kemuncak Lawatan Kerja Akmal Nasrullah Ke Thailand

Oleh Kenny Teng

BANGKOK, 14 Sept (Bernama) -- Lawatan kerja dua hari Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir ke Thailand yang berakhir hari ini mengukuhkan lagi kerjasama tenaga dua hala, khususnya menerusi pemeteraian perjanjian baharu bagi pembangunan Blok A-18-01 di Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA).