17hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SLGC Bhd mencatat terlebih langganan sebanyak 3.1 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Syarikat berasaskan teknologi dan digital Malaysia mempunyai kemampuan untuk bersaing di peringkat global dan penyertaan dalam Ekspo Perdagangan Digital Global ke-5 (GDTE) merupakan satu langkah ke hadapan bagi memanfaatkan ekonomi digital China yang luas.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pembukaan Pavilion Libya pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-22 (MIHAS 2026) dijangka membuka peluang baharu bagi perniagaan Malaysia dan Libya untuk mengembangkan perdagangan masing-masing.
17hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, diasak tekanan jualan sederhana yang berselang-seli dengan aktiviti pembelian ketika lonjakan harga minyak dan hasil bon global menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- LB Group Co Ltd, pengeluar titanium dioksida dan bahan kimia bukan organik yang berpangkalan di China, memperluas operasinya di Malaysia dengan melancarkan kemudahan baharu di Gurun Heavy Industrial Park (GHIP) di Kedah, yang membabitkan jumlah pelaburan sebanyak RM1 bilion.
17hari ago
KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah tidak akan membenarkan projek pasaran karbon yang tidak disemak dengan teliti untuk dipasarkan secara tergesa-gesa atau didagangkan berdasarkan spekulasi, walaupun terdapat peluang yang besar dalam sektor itu.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkemungkinan tumbuh purata 5.7 peratus pada 2026 yang melangkaui unjuran rasmi, dipacu oleh sektor pembuatan, pembinaan dan pelaburan, kata dua ahli ekonomi.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) dengan Huawei, Weixin Pay, dan TravelSky Technology Ltd, bagi memperkukuh kehadiran digitalnya di China, sambil memperkasa kedudukan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk ke Malaysia dan rantau yang lebih meluas.
17hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pavilion China di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 berhasrat untuk mengukuhkan perdagangan halal Malaysia-China dengan meluaskan hubungan perniagaan dan meneroka peluang merentasi rantaian bekalan halal.
18hari ago
KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Sabah kekal sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) kedua terbesar pada tahun lalu dengan menyumbang hampir 24 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran di Malaysia.
18hari ago
PONTIAN, 24 Sept (Bernama) -- Bermula pada 1996 dengan hanya lima pekerja dan jualan 300 ekor ayam sehari, kini syarikat pemprosesan dan penternakan tempatan NB Group menerusi jenama 'Ayam Norliza' berkembang pesat dengan mencatatkan kapasiti pemprosesan sehingga 1.5 juta ekor ayam sebulan.
18hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Brazil melihat Malaysia sebagai pintu masuk strategik ke pasaran halal Asia yang lebih meluas berikutan faktor logistik, ketersambungan rantaian bekalan dan saiz pasarannya.