BERITA TERKINI   Lembaga Pengarah Matang Bhd menggantung tugas ketua pegawai kewangan yang juga ketua pegawai operasinya berkuat kuasa hari ini bagi memudahkan urusan penyiasatan dalaman | 

Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian "sarawak"

Unit Pansar Raih Subkontrak Projek Infrastruktur Air Samalaju Bernilai RM170.86 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pansar Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Perbena Emas Sdn Bhd, menerima surat setuju terima (LoA) daripada KKB Engineering Bhd untuk kerja-kerja subkontrak sivil dan struktur bernilai RM170.86 juta.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saham Wajaran Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin terjejas oleh aktiviti jualan dalam saham wajaran tinggi tertentu terutamanya sektor utiliti dan perbankan selain dipengaruhi prestasi yang lebih lemah di pasaran serantau.

Malaysia Berpeluang Raih Manfaat Daripada Projek Kuasa Rentas Sempadan - Fadillah

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berpeluang mendapat manfaat daripada projek elektrik rentas sempadan melibatkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui penyertaan kontraktor tempatan, kepakaran kejuruteraan dan pembangunan mekanisme sijil tenaga boleh baharu.

Zon Ekonomi Sibu Perlukan Kesalinghubungan Udara, Infrastruktur Berteknologi Tinggi

SIBU, Okt 26 (Bernama) -- Menambah baik kesalinghubungan udara dan infrastruktur berteknologi tinggi perlu diutamakan di bawah cadangan Zon Ekonomi Sibu (SEZ) untuk menarik pelaburan, bakat berkemahiran dan industri bernilai tinggi ke bahagian tengah Sarawak, kata usahawan tempatan Dr Gregory Hii Sui Cheng.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat.

Pelabur Global Pilih Sarawak, Semenanjung Untuk Pelaburan AI US$50 Bilion – PM Anwar

MELAKA, 24 Okt (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa seorang pelabur global berhasrat melaksanakan pelaburan bernilai US$50 bilion dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi baharu dan pusat data di Sarawak serta Semenanjung.

Kepesatan Pembangunan Pusat Data Pacu Permintaan Prasarana Tenaga Johor

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Industri pusat data di Johor yang terus berkembang pesat dijangka memacu permintaan tenaga elektrik yang ketara, sekali gus membuktikan kepentingan untuk meneruskan pembangunan infrastruktur tenaga.

PM Anwar Kotakan Janji Percepat Projek Mitigasi Banjir, Bantu Mangsa Yang Lama Menderita

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) – Mengotakan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tiga tahun lepas, kerajaan telah mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi meringankan beban serta kesukaran kewangan yang dialami oleh mangsa akibat bencana alam tersebut yang berlaku hampir setiap musim.

Kerajaan Sedang Muktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Asli, Jamin Bekalan Tenaga - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerajaan dalam proses memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR) bagi menyelaras pembangunan sektor Malaysia agar sejajar dengan dasar negara serta Rancangan Malaysia Ke-13, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir. 

Unit GDB Peroleh Subkontrak Bernilai RM118.99 Juta Bagi Program Ramalan Banjir Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh GDB Holdings Bhd (GDB), GDB Infra Sdn Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM118.99 juta bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 3 di Sarawak.