2hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan minat belian yang terhad susulan ketiadaan sokongan belian yang kukuh dalam keadaan prestasi bercampur-campur Wall Street.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran lebihan akaun semasa bagi 2026 pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun mengunjurkan lebihan yang lebih kecil pada 2027.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal stabil dalam jangka pendek di tengah-tengah perkembangan global semasa, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT) untuk meneroka potensi usaha sama dalam pembekalan tenaga boleh baharu (RE) dan air kitar semula kepada bakal pengambil alih dalam taman perniagaan bersepadu yang dibangunkan di bawah jenama EcoWorld.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Sektor pembinaan, pengangkutan dan logistik serta telekomunikasi dan media mencatatkan aliran masuk bersih daripada institusi asing ke Bursa Malaysia pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Institusi asing meneruskan trend pembelian bersih di Bursa Malaysia selama dua minggu berturut-turut, meneruskan aliran masuk bersih sebanyak US$381.3 juta (US$1=RM4.05), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan aliran penurunan pada tengah hari ini, seiring dengan penurunan di kebanyakan pasaran serantau berikutan aktiviti jualan di kaunter saham wajaran tinggi yang memberi impak kepada pasaran dalam sentimen lemah selepas kejatuhan Wall Street semalaman.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini sejajar dengan kenaikan di kebanyakan pasaran serantau apabila minat belian terhadap saham wajaran tinggi perbankan menyokong pasaran tempatan menjelang keputusan dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan diumumkan hari ini.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati yang merentasi pasaran serantau susulan penunjuk yang bercampur-campur di pasaran Wall Street.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan sokongan belian baharu meningkatkan indeks petunjuk pasaran kepada zon positif.
18hari ago
JOHOR BAHRU, 2 Nov (Bernama) -- WM Senibong Berhad (WM Senibong) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, WM Senibong Capital Bhd menerima pengesahan penarafan AA-IS dengan prospek stabil daripada MARC Ratings Berhad bagi nota jangka sederhana Islam di bawah program Sukuk Wakalah yang bernilai sehingga RM1 bilion.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Institusi asing kembali melakukan pembelian bersih di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak US$323.1 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).