28minit ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- SCGM Bhd hari ini menyelesaikan pelan regularisasinya susulan penyenaraian dan sebut harga 569.70 juta saham baharu di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Pengilang tempatan digesa untuk beralih kepada pembuatan yang lebih kompleks serta rangkaian produk lebih canggih bagi menjana nilai tambah lebih besar yang dapat memperkukuh daya saing jangka panjang mereka.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM2.74 bilion bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM2.62 bilion pada suku sama tahun lepas.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Permintaan berterusan terhadap produk elektrik dan elektronik (E&E), ditambah dengan peningkatan eksport berkaitan komoditi, dijangka terus menyokong pertumbuhan eksport Malaysia sepanjang 2026, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
2jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- SkyeChip Bhd tidak menjangkakan Peraturan Akhir Interim (IFR) yang dikeluarkan Biro Industri dan Keselamatan (BIS) di bawah Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) akan memberi sebarang kesan material terhadap hasil atau prestasi kewangan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2027.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada sesi dagangan pagi ini berikutan penjualan berterusan saham berkaitan teknologi di peringkat global terus menjejaskan sentimen pasaran.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Sebanyak 7,434 ahli perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menjana eksport bernilai RM63.60 bilion secara kolektif, merekodkan lebihan dagangan sebanyak RM12.04 bilion dan menyokong lebih 383,000 peluang pekerjaan.
3jam ago
JOHOR BAHRU, 23 Nov (Bernama) – HI Mobility Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Handal Indah Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM665.68 juta daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengendalikan 23 laluan bas di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya.
6jam ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan kemerosotan pasaran serantau berikutan tekanan jualan berterusan terhadap saham berkaitan teknologi, semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI) global.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Institusi tempatan kembali mencatatkan belian bersih di Bursa Malaysia, merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM232.3 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
7jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.
7jam ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh prestasi perdagangan Malaysia yang lebih kukuh, membantu mengimbangi mata wang Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh.