BERITA TERKINI   MySiren tidak ada akses kepada data peribadi peranti pengguna - Fahmi | Fahmi lancar Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren), perkukuh penyampaian amaran kecemasan kepada orang ramai | Ujian Sistem Amaran Nasional (MySiren) akan dilakukan pada 10.10 pagi 29 Nov ini - Fahmi | PRN Sarawak: Penyandang kerusi DUN Engkilili, Dr Johnichal Rayong Ngipa umum keluar parti PDP berkuat kuasa semalam | 

Tiada Kesan Kewangan Material Diunjur Daripada Peraturan Akhir Interim Baharu BIS AS -- SkyeChip

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- SkyeChip Bhd tidak menjangkakan Peraturan Akhir Interim (IFR) yang dikeluarkan Biro Industri dan Keselamatan (BIS) di bawah Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) akan memberi sebarang kesan material terhadap hasil atau prestasi kewangan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2027.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) global yang beribu pejabat di Malaysia itu menyatakan ia memberi jaminan kepada para pemegang saham bahawa kumpulan itu tidak terlibat dalam operasi pusat data.

Bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2027, perolehan kumpulan daripada produk silikon berjumlah RM42.8 juta yang diperoleh daripada pelanggan di Amerika Utara dan Asia Timur Laut (tidak termasuk China).

Ad Banner

SkyeChip sedang berurusan dengan penasihat undang-undang kawalan eksport AS bersama rakan kongsi faundri dan pembungkusannya bagi memastikan pematuhan peraturan sepenuhnya.

"Kumpulan akan terus memantau perkembangan berhubung peraturan baharu berkenaan dan akan mengambil sebarang langkah yang perlu bersama pihak berkuasa berkaitan demi melindungi kepentingan kumpulan serta para pemegang sahamnya," jelasnya.

Pada 16 November lepas, AS mengumumkan peraturan baharu IFR yang memperkenalkan keperluan pelesenan bagi eksport, eksport semula atau pemindahan dalam negara cip kecerdasan buatan (AI) termaju ke pusat data di luar negara.

Ad Banner
Ad Banner

Ia juga menyediakan kapasiti pengkomputeran dalam jumlah besar secara jarak jauh kepada firma yang beribu pejabat di negara-negara yang dikenakan embargo senjata oleh AS termasuk China yang dikategorikan sebagai Country Group D:5 atau Macau.

-- BERNAMA