15jam ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Prestasi negara mencatat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua 2026 menunjukkan ekonomi Malaysia terus mempunyai momentum yang kukuh walaupun berdepan persekitaran global mencabar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
4hari ago
GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi kini berada pada peringkat akhir proses saringan cadangan peruntukan pembangunan bagi Belanjawan 2027 sebelum dapatan dan cadangan itu dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) menjelang pertengahan bulan ini.
9hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Delegasi perniagaan Eropah mengadakan beberapa mesyuarat dengan agensi kerajaan Malaysia pada minggu ini bagi membincangkan inisiatif pembaharuan, peralihan hijau serta peluang untuk mengukuhkan kerjasama dua hala.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan mengutamakan keterjaminan tenaga negara dengan mempelbagaikan akses kepada sumber gas berskala besar yang berpotensi memperluaskan pilihan bekalan dan meningkatkan daya tahan keselamatan tenaga.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengumumkan pelantikan Datuk Badrul Hisham Mohd sebagai Ketua Pengarahnya berkuat kuasa 3 Ogos 2026, berikutan persaraan Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir.
13hari ago
JOHOR BAHRU, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi sedang mengenal pasti kemungkinan pelaksanaan projek rintis yang spesifik dalam mendepani cabaran peralihan struktur demografi menua untuk diketengahkan pada tahun hadapan.
14hari ago
BATU PAHAT, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan dilancarkan secara rasmi sempena Pemukiman Pemimpin-Pemimpin pada Disember ini.
17hari ago
PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia kini hanya 7.1 peratus di bawah ambang negara berpendapatan tinggi yang ditetapkan Bank Dunia susulan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
18hari ago
PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 dijangka diwartakan hujung tahun ini selepas melalui proses pentadbiran susulan kelulusannya di Parlimen, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah kepelbagaian sumber bekalan dan penilaian keperluan stok simpanan strategik adalah penting bagi memanjangkan tempoh daya tahan bekalan petroleum negara melangkaui tempoh operasi semasa, menurut Kementerian Ekonomi.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit kepada RM4.0905 pada 20 Julai lepas mencerminkan asas ekonomi yang kukuh, disokong oleh prestasi eksport berdaya tahan dan lebihan imbangan perdagangan yang berterusan, menurut Kementerian Ekonomi.
24hari ago
PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang memperincikan cadangan kerangka perundangan bagi membendung amalan ‘rent-seeking’ atau konsep ‘Ali Baba,’ termasuk menilai keperluan penggubalan undang-undang baharu atau menambah baik peruntukan sedia ada.