BERITA TERKINI   Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang pagi ini - Bomba | 

Terdapat 30 berita berdasarkan kata kunci carian " johari abdul ghani"

EPIC Raih Anugerah Kecemerlangan Sektor Perkhidmatan Di AKI 2026

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- EPIC Bhd buat julung kalinya meraih Anugerah Kecemerlangan Sektor Perkhidmatan (Kategori 4) pada Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026.

Kerajaan Galak Syarikat Tempatan Rangka Strategi Jangka Panjang, Kurangkan Import

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan menggalakkan syarikat tempatan merangka strategi jangka panjang bagi mengembangkan ekonomi negara tanpa meningkatkan import. 

Empat Daripada Tujuh Token CSS Arm Diberikan Kepada Syarikat Tempatan - Johari

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) – Sebanyak empat daripada tujuh token Arm Compute Subsystems (CSS) di bawah kerjasama strategik Malaysia dengan Arm Limited, telah diberikan kepada syarikat tempatan bagi pembangunan cip untuk kegunaan automotif, pusat data dan pelayan mini.

Seramai 22,849 Bakat Semikonduktor Dilatih Setakat Suku Ketiga 2026 - MITI

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Seramai 22,849 bakat dilatih bagi sektor semikonduktor setakat suku ketiga 2026, sebagai sebahagian daripada usaha mencapai sasaran 60,000 jurutera berkemahiran tinggi menjelang 2030 di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

Malaysia Perkukuh Piawaian, Akreditasi Untuk Tingkat Daya Saing Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh piawaian dan akreditasi sebagai pemacu strategik daya saing ekonomi, keyakinan industri dan akses ke pasaran global, menurut Jabatan Standard Malaysia (JSM).

Pelabur Pusat Data Perlu Tanggung Kos Naik Taraf Talian Penghantaran Elektrik - Johari

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kos menaik taraf talian penghantaran elektrik bagi memenuhi keperluan pusat data akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada kos yang ditanggung pelabur, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Eksport Semikonduktor Malaysia Ke AS Kekal Dikecualikan Daripada Tarif - Johari

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia terus menikmati pengecualian tarif bagi eksport semikonduktornya ke Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Malaysia Sasar Meterai MEUFTA Akhir Jun 2027 - Johari

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) (MEUFTA) pada akhir Jun 2027, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani. 

Kerajaan Kurangkan Risiko Kebergantungan Semikonduktor, Pelbagaikan Sumber Ekonomi

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) --  Kerajaan akan mengurangkan risiko kebergantungan Malaysia terhadap sektor semikonduktor dengan mempelbagaikan rantaian nilai elektrik dan elektronik (E&E), mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi serta memperluas pasaran eksport.

Malaysia, Singapura Boleh Bekerjasama Tingkatkan Perdagangan Intra-ASEAN - Johari

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura boleh bekerjasama untuk meningkatkan kesalinghubungan perniagaan dalam ASEAN dan memacu perdagangan intra-ASEAN dengan memanfaatkan kekuatan kedua-dua negara dalam rantaian bekalan, ekonomi digital serta industri utama.

Malaysia, Singapura Teroka Usaha Menarik Pelaburan Dalam JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura sedang meneroka kaedah untuk menarik pelabur dari negara ketiga ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), sekali gus memperkukuh zon itu sebagai hab pelaburan dan eksport serantau.

China, Malaysia Setuju Cadangan Laluan Projek ECRL Dilanjut Ke Rantau Panjang - PM Anwar

Daripada Harlina Samson

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan China bersetuju dengan cadangan untuk menyambung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Kelantan.