Terdapat 30 berita berdasarkan kata kunci carian " dosm"

KDNK Tumbuh Positif, Bukti Daya Tahan Ekonomi Negara Harungi Ketidaktentuan - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Ahli akademik berpendapat anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2026 merupakan perkembangan positif yang mencerminkan daya tahan ekonomi Malaysia dalam persekitaran global yang masih tidak menentu.

Indeks Harga Seunit Pasir Naik Antara 0.1 Peratus Hingga 14.9 Peratus Pada Julai 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- indeks harga seunit pasir mencatatkan peningkatan pada Julai 2026, iaitu antara 0.1 peratus sehingga 14.9 peratus berbanding bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia Naik 2.9 Peratus Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Indeks harga pengeluar perkhidmatan (IHPRP) meningkat 2.9 peratus pada suku kedua 2026 daripada peningkatan 2.1 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Prestasi KDNK Suku Kedua Malaysia Diunjur Pada Tahap Baik -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) – Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tempoh suku kedua 2026  diunjur berada pada tahap baik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

PMKS Tidak Perlu Ubah Suai Sistem Di Bawah RUU Statistik 2026

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama)  -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tidak perlu mengubah suai sistem sedia ada atau membangunkan aplikasi baharu bagi memenuhi pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Dagangan Sabah 2025 Cecah RM105.5 Bilion, Kekal Lebih RM100 Bilion Untuk Tahun Keempat -- DOSM

KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Jumlah dagangan Sabah berada pada paras RM105.5 bilion pada 2025 kekal di atas paras RM100 bilion untuk tahun keempat berturut-turut di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Terima Manfaat Daripada Peralihan Rantaian Bekalan Global --Ahli Ekonomi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Prestasi perdagangan luar biasa Malaysia pada 2025 mencerminkan kedudukannya sebagai hab perdagangan dan pembuatan strategik di tengah-tengah penjajaran semula rantaian bekalan global, kata Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan AmBank Firdaos Rosli.

KDNK PMKS Malaysia Naik 5.7 Peratus Pada 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) --  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS) Malaysia naik 5.7 peratus pada 2025, mengatasi pertumbuhan KDNK keseluruhan negara sebanyak 5.2 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Perdagangan Malaysia 2025 Catat Prestasi Tertinggi Lepasi Nilai RM3 Trilion

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia kekal kukuh pada 2025 dengan jumlah perdagangan meningkat 6.3 peratus atau RM182.4 bilion kepada RM3.1 trilion berbanding tahun sebelumnya, disokong pertumbuhan eksport dan import masing-masing sebanyak 6.6 peratus dan enam peratus.

KDNK Nominal Malaysia Capai RM2.03 Trilion Pada 2025, Pampasan Pekerja Sumbang 33.9 Peratus - DOSM

PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal Malaysia meningkat 4.8 peratus kepada RM2.03 trilion pada 2025, dengan Pampasan Pekerja (PP) menyumbang sebanyak 33.9 peratus daripada KDNK berbanding 33.6 peratus pada 2024.

Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak, KL Dominasi Eksport Malaysia Pada Jun 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur mendominasi prestasi eksport Malaysia dengan menyumbang sebanyak 89.6 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport bagi Jun 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Naik 9.2 Peratus Pada Jun, Tertinggi Dicatatkan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Indeks harga pengeluar (IHPR) Malaysia merekodkan peningkatan sebanyak 9.2 peratus pada Jun 2026 daripada 7.8 peratus pada bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).