BERITA TERKINI   Bersatu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak - Setiausaha Agung | Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd menyusut kepada RM494.04 juta pada suku ketiga 2026, berbanding RM686.26 juta pada suku yang sama tahun lepas | Banjir: 153 penduduk daripada 42 keluarga dipindahkan di Sook, Sabah - JPBN Sabah | MCMC saman Google LLC, tuntut ganti rugi RM600 juta berhubung dakwaan gagal tangani kandungan memudaratkan di YouTube | Untung bersih CIMB Group menurun kepada RM1.88 bilion pada suku ketiga 2026 daripada RM2.08 bilion tahun lepas | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Di Tengah-tengah Harga Minyak Yang Lebih Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, berikutan tekanan oleh penurunan harga minyak mentah penanda aras, ringgit yang sedikit lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah. 

Ketika ini, harga minyak mentah penanda aras menyusut 1.86 peratus kepada US$89.70 satu tong.

Ad Banner

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran terus terjejas oleh ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat dan ancaman tarif AS yang diperbaharui. 

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan mengenai pengurangan pengeluaran getah asli di rantau pengeluar utama dan jualan kenderaan elektrik (EV) global yang berdaya tahan, yang memberikan sedikit sokongan kepada prospek permintaan,” katanya kepada Bernama. 

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat sebanyak 0.50 sen kepada 955.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal kekal tidak berubah pada 753.5 sen sekilogram. 

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA