BERITA TERKINI   MySiren tidak ada akses kepada data peribadi peranti pengguna - Fahmi | Fahmi lancar Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren), perkukuh penyampaian amaran kecemasan kepada orang ramai | Ujian Sistem Amaran Nasional (MySiren) akan dilakukan pada 10.10 pagi 29 Nov ini - Fahmi | PRN Sarawak: Penyandang kerusi DUN Engkilili, Dr Johnichal Rayong Ngipa umum keluar parti PDP berkuat kuasa semalam | 

Maybank Peruntuk RM100 Juta Bagi iTEKAD Hingga 2030

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memperuntukkan RM100 juta dalam program iTEKAD bagi tempoh lima tahun sehingga 2030 bagi membantu usahawan mikro mendapat akses kemudahan kewangan untuk meningkatkan mobiliti ekonomi.

Komitmen yang bermula tahun ini akan diterajui menerusi Program Economic Empowerement Maybank Islamic Barakah, dirangka membantu bakal usahawan mengembangkan perniagaan melalui gabungan pembangunan keupayaan, peningkatan pendapatan, celik kewangan dan sokongan perniagaan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata zakat perniagaan disalurkan Maybank Islamic itu akan membantu usahawan asnaf memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. 

Ad Banner

“Sokongan inilah yang membolehkan lebih ramai peserta membina sumber pendapatan yang mampan serta meningkatkan taraf hidup keluarga.

“Penglibatan Maybank Islamic dalam iTEKAD bermula sejak 2023 dan sehingga kini lebih 1,100 peserta telah mendapat manfaat,” katanya dalam ucapan perasmian Program Pemerkasaan Ekonomi Maybank di sini hari ini.

Amir Hamzah berkata sejak diperkenalkan pada 2020, program ini telah membantu lebih 15,000 usahawan mikro menjana pendapatan yang lebih baik.

Ad Banner
Ad Banner

Setakat Jun 2026, lebih 8,000 peserta telah menamatkan program ini sekali gus mewujudkan lebih 2,400 peluang pekerjaan baharu.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Seri Khairussaleh Ramli berkata lebih 60 peratus daripada komitmen ini akan disasarkan untuk disalurkan kepada iTEKAD Entrepreneurship. 

“Selebihnya akan menyokong usahawan mikro melalui iTEKAD Protection untuk menyediakan perlindungan kewangan kepada usahawan mikro dan juga iTEKAD Employment untuk menyediakan pembangunan kapasiti berstruktur kepada individu daripada komuniti rentan melalui program Workforce Readiness Maybank Islamic,” katanya. 

-- BERNAMA