BERITA TERKINI   PRN Melaka: 17.96 peratus pengundi keluar mengundi setakat 10 pagi - SPR | Raja Permaisuri Agong titah pihak berkuasa, sektor swasta dan masyarakat nilai kesan pembangunan pusat data terhadap alam sekitar | PRN Melaka: 9.24 peratus pengundi keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | PRN Melaka: Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh selesai mengundi di SK Jeram, Masjid Tanah pada 8.38 pagi | PRN Melaka: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim selesai mengundi di SK Demang Hussin, Bukit Katil | 

Pasaran Getah Diunjur Mendatar Minggu Depan Susulan Kebimbangan Gangguan Bekalan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur diunjurkan mendatar pada minggu depan berikutan fenomena cuaca El Nino yang berpotensi menjejaskan bekalan di negara pengeluar utama, menurut persatuan industri.

Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) memaklumkan Thailand kini memasuki musim puncak penorehan getah yang dijangka meningkatkan ketersediaan bahan mentah.

Ad Banner
Ad Banner

“Pada masa sama, aktiviti perdagangan antarabangsa yang lebih kukuh khususnya di Amerika Syarikat (AS).

"Peningkatan jualan kereta di China turut memberi sokongan kepada pasaran meskipun kesan positif itu diimbangi oleh kebimbangan terhadap keadaan kewangan yang semakin ketat dan prospek ekonomi global yang lebih lemah,” menurut persatuan itu kepada Bernama.

Pakar industri Denis Low berkata pasaran diunjurkan mendatar ketika menyesuaikan diri dengan situasi geopolitik semasa yang telah menyebabkan harga sesetengah komoditi meningkat melebihi jangkaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dalam pada itu, harga komoditi lain pula terjejas dengan permintaan dan harga dijangka kekal stabil secara keseluruhan serta menunjukkan kecenderungan meningkat sedikit.

“Ketidaktentuan harga minyak dan gas merupakan isu serius yang boleh menjejaskan perniagaan manakala pengukuhan dolar AS yang keterlaluan boleh memberi kesan buruk kepada imbangan pembayaran,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga berkata, pasaran dijangka diniagakan secara berhati-hati dengan kecenderungan bercampur-campur hingga mengukuh dalam tempoh terdekat, disokong oleh kebimbangan dari segi bekalan serta perkembangan positif dalam perdagangan.

“Bagaimanapun, momentum kenaikan dijangka terbatas berikutan kebimbangan terhadap keadaan kewangan yang semakin ketat, ketidaktentuan geopolitik berpanjangan di Asia Barat, prospek permintaan yang suram serta keadaan makroekonomi yang tidak menggalakkan.

“Pemain pasaran akan terus memantau pergerakan niaga hadapan getah serantau, perkembangan dasar perdagangan dan monetari AS, aliran dalam industri automotif, prestasi ringgit berbanding dolar AS serta perkembangan di Asia Barat bagi mendapatkan petunjuk lanjut mengenai hala tuju pasaran,” kata peniaga itu.

Minggu ini, pasaran getah diniagakan bercampur-campur seiring dengan prestasi niaga hadapan getah serantau.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat 59.5 sen kepada 1,015.0 sen sekilogram manakala lateks pukal naik 6.5 sen kepada 775.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA