BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah pihak berkuasa, sektor swasta dan masyarakat nilai kesan pembangunan pusat data terhadap alam sekitar | PRN Melaka: 9.24 peratus pengundi keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | PRN Melaka: Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh selesai mengundi di SK Jeram, Masjid Tanah pada 8.38 pagi | PRN Melaka: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim selesai mengundi di SK Demang Hussin, Bukit Katil | PRN Melaka: Semua 240 pusat mengundi dibuka tepat 8 pagi ini, cuaca baik di seluruh negeri | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah Menjejaki COMEX

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis menjejaki penurunan pada Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). 

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan November 2026 susut kepada US$3,944.30 setiap auns troy berbanding US$4,058.40 ketika ditutup semalam, manakala kontrak Disember 2026 merosot kepada US$3,960.00 daripada US$4,074.10 dan kontrak Januari 2027 berkurang kepada US$3,961.10 daripada US$4,075.20.

Kontrak Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 menyusut kepada US$3,989.00 setiap auns troy daripada US$4,075.20 ketika ditutup sebelumnya. 

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan melonjak kepada 120 lot berbanding 46 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 175 kontrak daripada 103 kontrak. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,014.00 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 11 November 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner