BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah pihak berkuasa, sektor swasta dan masyarakat nilai kesan pembangunan pusat data terhadap alam sekitar | PRN Melaka: 9.24 peratus pengundi keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | PRN Melaka: Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh selesai mengundi di SK Jeram, Masjid Tanah pada 8.38 pagi | PRN Melaka: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim selesai mengundi di SK Demang Hussin, Bukit Katil | PRN Melaka: Semua 240 pusat mengundi dibuka tepat 8 pagi ini, cuaca baik di seluruh negeri | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Berikutan Peningkatan Bekalan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis susulan peningkatan bekalan getah bermusim di Thailand serta permintaan tayar yang berkurangan di China telah menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang peniaga.

Beliau berkata Thailand kini berada dalam kemuncak musim penuaian berikutan musim hujan yang membawa kepada ketersediaan bekalan getah lebih tinggi.

Ad Banner
Ad Banner

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dapat diimbangi oleh nilai ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta kebimbangan mengenai jangkaan gangguan bekalan akibat fenomena El Nino.

“Peningkatan jualan kenderaan elektrik di peringkat global dan aktiviti perdagangan AS yang lebih kukuh turut dilihat menyokong permintaan terhadap getah asli,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (SMR) 20 naik 1.0 sen kepada 1,005.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun 1.0 sen kepada 777 sen sekilogram.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA