BERITA TERKINI   Harga RON97 turun 20 sen seliter, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 15 sen seliter bagi tempoh 5 hingga 11 Nov - MoF | Kerajaan luluskan peruntukan lebih RM250 juta untuk memperkukuh pembangunan ECRL di Kelantan - MOF | Kanak-kanak lelaki enam tahun maut terjatuh dalam kolam takungan di Kulai, Johor - Bomba | Bayaran STR bagi pemohon baharu dan rayuan diluluskan dibuat mulai 16 Nov - MOF | Bayaran kepada penerima sedia ada STR dibuat secara berperingkat mulai 4 hingga 6 November 2026 -- MoF | 

Niaga Hadapan MSM Terus Merosot Dipengaruhi Kebimbangan Paras Inventori

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap paras inventori Malaysia yang mencecah paras tertinggi dalam rekod, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.

Peniaga Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata pasaran dijangka kekal berhati-hati, dengan pedagang terus memantau rapat paras inventori serta data penawaran dan permintaan yang akan datang.

Ad Banner
Ad Banner

"Kami melihat paras sokongan segera pada RM4,450 satu tan dan paras rintangan pada RM4,600 satu tan, dengan sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati menjelang pengeluaran laporan penawaran dan permintaan minyak sawit Oktober oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 10 Nov," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut RM50 kepada RM4,300 dan RM4,407 satu tan, manakala Januari 2027 turun RM55 kepada RM4,496 satu tan.

Kontrak Februari 2027 merosot RM61 kepada RM4,576 satu tan, Mac 2027 berkurangan RM66 kepada RM4,644 satu tan dan April 2027 menyusut RM64 kepada RM4,696 satu tan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 137,168 lot daripada 88,707 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 334,908 kontrak daripada 337,745 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal MSM bagi November Selatan susut RM60 kepada RM4,310 satu tan.

-- BERNAMA