BERITA TERKINI   Kerajaan akan teliti semula metrik liputan telekomunikasi berdasarkan kawasan berpenduduk (CoPA) supaya rangkumi kawasan aktiviti ekonomi - Fahmi | Kementerian Perpaduan Negara teliti penambahbaikan Akta Pengantaraan 2012 bagi perkukuh Pusat Mediasi Komuniti - Aaron | Agong berkenan kampus UiTM di Jalan Othman dinamakan Kampus Tun Arshad Ayub, hargai jasa dan sumbangannya | Jangan jadikan media sosial pentas menghina, caci dan jatuhkan maruah orang lain - Agong  | Agong zahir peringatan kebebasan datang bersama tanggungjawab, gunakan media sosial penuh adab, rasa hormat  | 

Bursa Malaysia Dijangka Diniaga Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati pada minggu hadapan, dengan para pelabur mengambil sikap yang terkawal dan membina dalam mendepani perkembangan domestik, dalam persekitaran ketidakpastian luaran serta sentimen pasaran serantau yang berbeza.

Ketua Penyelidikan Berjaya Research Sdn Bhd Kenneth Leong berkata para pelabur akan memantau permulaan musim laporan pendapatan korporat Amerika Syarikat bagi mendapatkan petunjuk lanjut mengenai keuntungan korporat serta daya tahan ekonomi global.

Ad Banner

“Sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati, dengan penanda aras pasaran berkemungkinan dipengaruhi oleh prestasi pasaran serantau serta perkembangan semasa di Asia Barat,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu dagangan yang berakhir semalam, Bursa Malaysia kebanyakannya didagang lebih tinggi, didorong oleh keyakinan pasaran dan aktiviti belian berterusan susulan pengumuman Belanjawan 2027, sebelum mengalami penyusutan pada Khamis dan Jumaat akibat tindakan pelabur mengambil keuntungan.

Bagi tempoh Jumaat ke Jumaat, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.69 mata kepada 1,607.76 daripada paras 1,608.45 pada minggu sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 106.56 mata kepada 11,992.27, Indeks FBM Top 100 turun 84.63 mata kepada 11,786.77, manakala Indeks FBM Emas Shariah merosot 209.91 mata kepada 11,919.98.

Indeks FBM ACE berkurangan 223.52 mata kepada 5,431.05 manakala Indeks FBM Mid 70 menguncup 457.17 mata kepada 17,225.94.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga susut sebanyak 17.57 mata kepada 821.0, Indeks Perladangan merosot 257.38 mata kepada 8,632.88, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 7.96 mata kepada 172.79 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 327.0 mata kepada 18,862.82.

Jumlah dagangan mingguan menguncup kepada 16.41 bilion unit bernilai RM15.57 bilion daripada 19.63 bilion unit bernilai RM15.72 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 9.58 bilion unit bernilai RM13.89 bilion daripada 11.86 bilion unit bernilai RM13.68 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 4.23 bilion unit bernilai RM573.41 juta daripada 4.91 bilion unit bernilai RM816.07 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 2.60 bilion unit bernilai RM1.01 bilion daripada 2.86 bilion unit bernilai RM1.22 bilion pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA