BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong zahirkan keprihatinan terhadap kesihatan, pendidikan pelajar susulan situasi jerebu - Fadhlina | Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang baharu - MKN | Malaysia percepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan IP Arm Ltd berlandaskan pengalaman 50 tahun dalam industri pembuatanĀ - Akmal Nasrullah | Hab semikonduktor persekutuan, negeri saling melengkapi, bukan pertindihan tugas antara satu sama lainĀ - Akmal Nasrullah | 

Zetrix AI Beri Kerjasama Penuh Kepada Pihak Berkuasa Dalam Siasatan Dijalankan

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan bersama yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu memaklumkan operasi syarikat itu tidak terjejas susulan siasatan berkenaan.

Kenyataan itu dibuat bagi memberikan maklum balas terhadap pertanyaan Bursa Malaysia Securities bertarikh 14 Oktober mengenai laporan media bertajuk “Police say six witnesses questioned in probe into MyEG, Zetrix AI,” yang diterbitkan The Edge Malaysia pada 13 Oktober.

Ad Banner

Zetrix AI memaklumkan pihaknya akan berkongsi sebarang perkembangan penting melalui pengumuman rasmi.

Menurutnya syarikat akan membuat pengumuman yang sewajarnya mengenai perkembangan penting itu sekiranya perlu.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner