BERITA TERKINI   ACLE: Pohang 0-2 JDT | Lelaki Islam dipercayai lakukan ritual bertentangan hukum syarak ditahan bersama ibunya di Kuala Lumpur, tengah hari tadi. - JAIS | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 meningkat 9.0 mata kepada 1,619.5  dan kontrak November 2026 melonjak 10.0 mata kepada 1,621.50, manakala kontrak Disember 2026 dan Mac 2027 masing-masing naik 9.5 mata kepada 1,627.0 dan 1,611.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7,254 lot berbanding 5,900 lot semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 45,706 kontrak daripada 44,309 kontrak sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.34 mata atau 0.33 peratus kepada 1,623.35 daripada 1,618.01 ketika ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner