Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan COMEX
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi AS (COMEX).
Pada penutupan, kontrak Oktober 2026 meningkat kepada US$4,191.20 setiap auns troy daripada US$4,184.80, manakala November 2026 menokok kepada US$4,207.90 daripada US$4,201.50.
Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing melonjak kepada US$4,224.40 setiap auns troy daripada US$4,218.00 sebelumnya.
Jumlah dagangan turun kepada 25 lot berbanding 116 lot yang dicatatkan pada hari Isnin, manakala kepentingan terbuka susut kepada 99 kontrak daripada 193.
Berdasarkan penetapan tengah hari 12 Okt di London Bullion Market Association, emas fizikal berada pada US$4,171.90 setiap auns troy.
-- BERNAMA