BERITA TERKINI   Dua wanita maut kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan dengan lori di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam,Johor petang tadi - Bomba | Piala FA: JDT 4-1 Penang FC | Belanjawan 2027 bukti komitmen kerajaan tangani permasalahan rakyat khususnya golongan M40 - TPM Ahmad Zahid | Belanjawan 2027: Kerajaan setuju naikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan kepada 490 hari daripada 360 hari | Belanjawan 2027: Kadar pencen terendah akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, manfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan | 

Belanjawan 2027 Perkukuh Keupayaan Syarikat Malaysia, Luaskan Jangkauan Pasaran -- CEO Bursa

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 akan membolehkan syarikat-syarikat Malaysia membina keupayaan, meluaskan jangkauan pasaran mereka serta merebut peluang yang lebih besar, kata Bursa Malaysia Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Fad’l Mohamed menjelaskan bagi pasaran modal, perkara ini membantu mengukuhkan saluran syarikat-syarikat yang berpotensi untuk mendapatkan pembiayaan pasaran awam pada masa hadapan.

Beliau memberitahu pelaburan untuk mempercepat pertumbuhan syarikat semikonduktor tempatan ke segmen bernilai lebih tinggi akan memperkukuh keupayaan perindustrian dan teknologi Malaysia.

Ad Banner

“Pembiayaan kepada syarikat bersaiz sederhana dalam sektor seperti elektrik dan elektronik, aeroangkasa, digital serta peranti perubatan akan membantu lebih banyak perniagaan membuat persediaan untuk mendapatkan pembiayaan melalui pasaran modal apabila perniagaan mereka berkembang,” katanya.

Beliau memaklumkan pelaburan oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang bertujuan menyokong syarikat bumiputera dapat membantu pembangunan keupayaan dan peluasan perniagaan sekali gus mempersiapkan lebih banyak perusahaan untuk penyenarain awam pada masa hadapan.

“Jaminan pembiayaan bagi penggabungan dan pengambilalihan membolehkan syarikat mengembangkan perniagaan, mengukuhkan kedudukan pasaran serta menarik minat pelabur,” jelasnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau menambah, geran padanan yang dicadangkan bagi menampung kos penyenaraian di bawah laluan penyenaraian dua hala Malaysia-Hong Kong akan menyokong syarikat yang ingin mendapatkan akses kepada kumpulan pelabur baharu selain memperkukuh hubungan antara kedua-dua pasaran modal.

-- BERNAMA