Niaga Hadapan Emas Susut Walaupun COMEX Meningkat
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa walaupun harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kenaikan.
Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 susut kepada US$4,167.50 setiap auns troy daripada US$4,178.40 sebelum ini, manakala kontrak November 2026 turun kepada US$4,183.80 daripada US$4,195.40.
Kontrak Disember 2026 susut kepada US$4,200.70 setiap auns troy daripada US$4,212.00 sebelum ini, manakala kontrak Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing turun kepada US$4,200.70 daripada US$4,212.00 sebelum ini.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 133 lot daripada 161 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka susut kepada 196 kontrak daripada 228 kontrak sebelum ini.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,141.65 setiap auns troy pada penetapan petang London Bullion Market Association (LBMA) pada 5 Okt.
-- BERNAMA