BERITA TERKINI   Pengampunan bersyarat kepada Najib tidak jejas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar | Majlis Halal ASEAN: Malaysia tawar jadi sekretariat, Indonesia sebagai pengerusi pertama - TPM Ahmad Zahid | Pengampunan bersyarat Najib: Ahmad Zahid sifatkan tahanan rumah sebagai perkembangan bermakna, seru ahli UMNO hormati proses ditetapkan | Malaysia cadang Majlis Halal ASEAN dilancarkan di Malaysia pada Sept 2027, sempena dengan Bulan Halal Kebangsaan - TPM Ahmad Zahid | Tiada perbincangan mengenai bantuan kewangan kerajaan untuk AirAsia - Tony Fernades | 

Batik Air Mampu Tingkat Kapasiti Pesawat tampung Permintaan Domestik Jika Perlu

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Batik Air mampu menambah pesawat dalam tempoh singkat bagi memenuhi atau membantu menampung permintaan pasaran domestik sekiranya diperlukan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Chandran Rama Muthy.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media asing hari ini berhubung tindakan kerajaan Malaysia mengemukakan pertanyaan kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Batik Air sama ada mereka mampu mengambil alih bahagian pasaran domestik AirAsia.

Ad Banner

Hal ini berikutan pihak berkuasa kini terus memantau kedudukan kewangan syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan.

Bagaimanapun, Chandran dalam ulasan ringkasnya kepada Bernama mengenai hal itu tidak menyatakan sama ada rundingan berhubung perkara itu sedang berlangsung.

Batik Air kini mempunyai 51 pesawat, termasuk tujuh pesawat A330, dan mengendalikan penerbangan ke lebih 60 destinasi di 20 negara. Syarikat penerbangan itu membawa sejumlah 4.5 juta penumpang pada 2023 dan 6.6 juta penumpang pada 2024.

Ad Banner

-- BERNAMA