BERITA TERKINI   Pengampunan bersyarat kepada Najib tidak jejas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar | Majlis Halal ASEAN: Malaysia tawar jadi sekretariat, Indonesia sebagai pengerusi pertama - TPM Ahmad Zahid | Pengampunan bersyarat Najib: Ahmad Zahid sifatkan tahanan rumah sebagai perkembangan bermakna, seru ahli UMNO hormati proses ditetapkan | Malaysia cadang Majlis Halal ASEAN dilancarkan di Malaysia pada Sept 2027, sempena dengan Bulan Halal Kebangsaan - TPM Ahmad Zahid | Tiada perbincangan mengenai bantuan kewangan kerajaan untuk AirAsia - Tony Fernades | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa sejajar dengan kadar asas pasaran tunai.

Kontrak September 2026 menurun 11.5 mata kepada 1,660.0, Oktober 2026 dan Disember 2026, masing-masing berkurangan 13.5 mata kepada 1,658.0 dan 1,663.5 serta Mac 2027 merosot 12 mata kepada 1,646.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,603 lot daripada 5,973 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 46,206 kontrak daripada 45,545 kontrak sebelum ini. 

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI menurun 18.80 mata atau 1.11 peratus kepada 1,679.21 mata daripada 1,698.01 mata semasa ditutup pada Isnin.

Bursa tempatan dan anak syarikatnya akan ditutup esok bersempena dengan cuti umum Hari Malaysia dan dagangan akan bersambung semula pada Khamis.

-- BERNAMA

Ad Banner