BERITA TERKINI   Pendirian kerajaan terhadap rasuah tidak berubah, semua kes termasuk kes Najib terus diproses mengikut undang-undang - Fahmi | Pengampunan bersyarat kepada Najib tidak jejas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar | Majlis Halal ASEAN: Malaysia tawar jadi sekretariat, Indonesia sebagai pengerusi pertama - TPM Ahmad Zahid | Pengampunan bersyarat Najib: Ahmad Zahid sifatkan tahanan rumah sebagai perkembangan bermakna, seru ahli UMNO hormati proses ditetapkan | Malaysia cadang Majlis Halal ASEAN dilancarkan di Malaysia pada Sept 2027, sempena dengan Bulan Halal Kebangsaan - TPM Ahmad Zahid | 

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Bernilai RM37.82 Juta Daripada Persada Mentari

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) memperoleh projek pembinaan bernilai RM37.82 juta daripada Persada Mentari Sdn Bhd.

Menurut KPGB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd (KPM), menerima surat lantikan daripada Persada Mentari Sdn Bhd untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja cerucuk dan substruktur bagi cadangan pembangunan pangsapuri mampu milik di Bandar Tanjung Pinang, Pulau Andaman, Pulau Pinang.

“Kontrak itu akan bermula pada 1 Okt 2026 dan akan siap dalam tempoh 24 bulan dari tarikh permulaan.

Ad Banner

“Menerima kontrak itu merupakan sebahagian daripada urusan biasa perniagaan KPM dan dilaksanakan secara bebas berdasarkan terma komersial biasa,” menurutnya.

KPGB memaklumkan kontrak itu dijangka menawarkan aliran pendapatan tambahan untuk kumpulan tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang serta meningkatkan dan mengukuhkan lagi nilai perolehan kontrak sedia ada kumpulan itu.

-- BERNAMA

Ad Banner