BERITA TERKINI   Piala FA: Selangor FC 2-1 Sabah FC (aggregat 4-3) | Piala FA: KL City FC 0-0 Perak FA (agregat 1-0) | Piala FA: DPMM 2-3 Terengganu FC | UMNO sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak demi kelangsungan perjuangan bangsa, agama - Mohamad | 

Hubline Sahkan Helikopter Dikendali Unitnya Terlibat Kemalangan Di Long Lellang

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan perkapalan dan penerbangan Hubline Bhd (Hubline)  hari ini mengesahkan bahawa helikopter yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang di Sarawak pada Selasa dikendalikan oleh unitnya, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Hubline menjelaskan bahawa helikopter dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu sedang menjalankan penerbangan perkhidmatan doktor udara (FDS) ketika kemalangan tersebut berlaku. 

“Helikopter tersebut sedang mengendalikan penerbangan FDS dengan membawa lima individu termasuk juruterbang,” katanya. 

Ad Banner

Menurut syarikat itu lagi, LLA telah mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan berikutan kejadian tersebut dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan, di samping menyediakan segala bantuan yang diperlukan. 

Hubline menambah bahawa lembaga pengarahnya sedang menilai kesan kemalangan itu terhadap operasi dan kewangan kumpulan tersebut. 

Dalam kejadian pada Selasa, sebuah helikopter terhempas berhampiran STOLport Long Lellang iaitu kawasan pedalaman di dalam daerah Marudi di utara Sarawak pada kira-kira 3.40 petang, yang mengorbankan juruterbang dan empat kakitangan Kementerian Kesihatan. 

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA