BERITA TERKINI   Banjir Nepal : Wisma Putra gesa orang awam henti spekulasi, kongsi maklumat tidak sahih | Majlis Amanat Perdana akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 9.30 malam, 30 Ogos ini - Jawatankuasa Kerja Sambutan HKHM | Seramai 4,008 pelarian Myanmar akan didaftarkan di bawah Program Dokumen Pendaftaran Pelarian, proses dijangka selesai suku keempat tahun ini - KDN | Fasa pertama Program Penghantaran Pulang Secara Sukarela akan dilaksanakan pada 29 Sept, libat 1,476 warga Myanmar - KDN | Bekas menteri M.Saravanan mengesahkan beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok | 

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-campur Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis apabila pelabur mengambil untung menjelang cuti hujung minggu yang panjang.

Isnin depan merupakan cuti umum sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Ad Banner

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.82 mata kepada 1,741.72 berbanding 1,748.54 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.12 mata lebih tinggi pada 1,752.66 sebelum bergerak antara paras 1,739.76 dan 1,752.81 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 612 berbanding 596, manakala 568 kaunter tidak berubah, 1,097 tidak diniagakan dan 124 digantung.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan susut kepada 3.85 bilion unit bernilai RM3.46 bilion daripada 4.17 bilion unit bernilai RM4.23 bilion pada Rabu. 

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pelabur kekal berhati-hati berikutan peningkatan turun naik pasaran dan menjangkakan indeks penanda aras itu terus berada dalam fasa pengukuhan dalam tempoh terdekat, meskipun mungkin akan berlakunya aktiviti pembelian ketika harga rendah.

“Buat masa ini, paras 1,730 penting untuk dikekalkan bagi memastikan struktur aliran menaik jangka pendek pasaran terus utuh dan keyakinan pelabur terpelihara. Kami menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam julat 1,735 hingga 1,745 menjelang hujung minggu,” katanya kepada Bernama.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata aktiviti pengambilan untung, minggu dagangan yang lebih singkat berikutan cuti umum serta ketidaktentuan berhubung prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan menyebabkan pelabur lebih selektif di Bursa Malaysia.

“Bagaimanapun, harga minyak yang lebih rendah boleh memberikan sedikit sokongan kepada sentimen pasaran,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 10 sen kepada RM10.62, Public Bank turun 15 sen kepada RM5, manakala CIMB Group berkurangan satu sen kepada RM8.07. IHH Healthcare turun lapan sen kepada RM8.15, manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.30.

Bagi kaunter paling aktif, Zetrix AI susut 6.5 sen kepada 59.5 sen, Ni Hsin menokok dua sen kepada 20 sen, manakala NationGate meningkat 11 sen kepada RM1.81. JAKS Resources tidak berubah pada 12.5 sen, manakala Eco-Shop Marketing susut satu sen kepada RM1.45.

Antara kaunter untung utama, Hong Leong Bank melonjak 88 sen kepada RM23.88, Hong Leong Financial Group meningkat 40 sen kepada RM19.14, manakala Vitrox Corporation menokok 38 sen kepada RM9.50. Petronas Gas dan Unisem masing-masing meningkat 24 sen kepada RM17.82 dan RM4.51.

Dalam kalangan kaunter rugi utama, Nestle susut RM1 kepada RM103, Fraser & Neave merosot 40 sen kepada RM25.90, manakala United Plantations turun 24 sen kepada RM31.28.

Dutch Lady Milk Industries susut 22 sen kepada RM31.46, Kumpulan Fima turun 16 sen kepada RM2.69, manakala Sarawak Oil Palms merosot 15 sen kepada RM5.43.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 meningkat 46.93 mata kepada 18,275.16, manakala Indeks FBM Emas Syariah naik 29.97 mata kepada 12,696.92.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas susut 23.75 mata kepada 12,892.11, Indeks FBM Top 100 turun 28.98 mata kepada 12,701.26, manakala Indeks FBM ACE berkurangan 0.73 mata kepada 5,352.22.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 9.92 mata kepada 785.06, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.38 mata kepada 189.38.

Sebaliknya, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 82.47 mata kepada 20,373.29, manakala Indeks Perladangan susut 81.34 mata kepada 9,343.21.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 2.13 bilion unit bernilai RM3.11 bilion berbanding 2.24 bilion unit bernilai RM3.74 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran susut kepada 1.20 bilion unit bernilai RM156.70 juta berbanding 1.21 bilion unit bernilai RM185.17 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 516.25 juta unit bernilai RM198.44 juta daripada 718.04 juta unit bernilai RM304.41 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna mencatatkan 401.80 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (359.70 juta), pembinaan (169.22 juta), teknologi (543.76 juta), perkhidmatan kewangan (111.14 juta), hartanah (131.36 juta), perladangan (36.97 juta), amanah pelaburan hartanah (12.36 juta), dana tertutup (161,000), tenaga (89.93 juta), penjagaan kesihatan (138.00 juta), telekomunikasi dan media (18.19 juta), pengangkutan dan logistik (52.44 juta), utiliti (72.85 juta) serta amanah perniagaan (199,500).

-- BERNAMA