BERITA TERKINI   Beberapa kawasan kekal berisiko alami jerebu dengan jarak penglihatan terhad pada 27 hingga 31 Ogos - KP MetMalaysia | Sambutan Hari Kebangsaan: Kepekatan jerebu yang tinggi berpotensi berlaku di Putrajaya sehingga 31 Ogos - KP MetMalaysia | Banjir Nepal : Wisma Putra gesa orang awam henti spekulasi, kongsi maklumat tidak sahih | Majlis Amanat Perdana akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 9.30 malam, 30 Ogos ini - Jawatankuasa Kerja Sambutan HKHM | Seramai 4,008 pelarian Myanmar akan didaftarkan di bawah Program Dokumen Pendaftaran Pelarian, proses dijangka selesai suku keempat tahun ini - KDN | 

Keuntungan Bersih Press Metal Melonjak Kepada RM801 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd telah melonjak kepada RM801 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM483.58 million yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelum ini.

Pendapatan naik sebanyak 11.9 peratus kepada RM4.69 bilion daripada RM4.19 bilion selepas dipacu oleh realisasi harga logam yang lebih tinggi pada suku tahun dalam tinjauan.

Syarikat tersebut melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata keuntungan sebelum cukai kumpulannya telah meningkat sebanyak RM510.81 juta atau 78.9 peratus kepada RM1.16 bilion pada suku kedua 2026 berbanding RM647.47 juta yang disaksikan semasa suku kedua 2025, didorong oleh pengukuhan dalam harga logam termasuk kos penggunaan alumina yang lebih rendah walaupun sumbangan keuntungan syarikat bersekutu agak kurang memberangsangkan.

Ad Banner

Sementara itu, kumpulan itu melaporkan bahawa pada separuh pertama 2026, keuntungan bersihnya menaik kepada RM1.43 bilion daripada RM945.35 juta pada separuh pertama 2025, manakala hasil menokok kepada RM8.79 bilion daripada RM8.09 bilion sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Paul Koon dalam satu kenyataan melahirkan keyakinan terhadap prospek kumpulan, disokong oleh struktur kos yang kompetitif, portfolio produk aluminium rendah karbon dan operasi bersepadunya.

"Walaupun wujud ketidaktentuan makroekonomi, risiko geopolitik dan tekanan inflasi yang sedang mempengaruhi sentimen permintaan global, defisit bekalan semasa terus memberikan sokongan kepada harga aluminium," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA