BERITA TERKINI   Masalah kewangan TH mungkin dapat dibendung lebih awal jika amaran BNM ditangani sewajarnya sejak 2014 - Zulkifli | Kerajaan tegaskan simpanan pendeposit TH selamat - MOF | Kerajaan tegaskan kerugian TH yang berpunca daripada salah urus kewangan, pelaburan sebelum 2018 tidak hilang - MOF | Kerajaan tidak akan campur tangan dan tidak akan melindungi sesiapa; keputusan pendakwaan terletak sepenuhnya pada pendakwa raya - MOF | Cadangan wujudkan 'multi-agency task force' siasat pelaburan TH yang berisiko kerugian, diteliti untuk pelaksanaan - Zulkifli | 

Dakwaan Kerugian TH Akibat Kejatuhan Pasaran Saham Tohmahan Semata-mata - Amir Hamzah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Dakwaan bahawa Tabung Haji (TH) mengalami kerugian akibat kejatuhan pasaran saham adalah tohmahan semata-mata kerana pasaran saham berada pada tahap kukuh dan mencapai paras tertinggi pada 2018, dengan kejatuhan saham pada tahun itu hanya sekitar enam peratus.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bagaimanapun, nilai pegangan saham TH pada masa itu menyusut ketara berbanding prestasi pasaran saham.

Ad Banner

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan penerangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata perubahan dalam pengurusan dan Lembaga Pengarah TH telah banyak membantu memperketat kawalan serta memperbaiki tadbir urus institusi berkenaan.

Melihat kepada pencapaian TH selepas 2018 apabila institusi itu terpaksa membuat susut nilai sebanyak RM2.6 bilion terhadap pegangan yang masih dimilikinya, katanya TH masih berupaya memberi hibah dengan jumlah yang meningkat pada setiap tahun.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Ini contoh yang telah dibuat kerana perubahan yang telah diadakan dalam Tabung Haji,” katanya.

Amir Hamzah berkata beliau turut mengambil maklum mengenai cadangan RCI supaya pengisytiharan hibah hanya dibuat selepas penyata kewangan diaudit, berbanding sebelum ini yang dibuat secara pro forma.

“Oleh itu, sebarang kebimbangan mengenai isu yang berlaku sebelum ini telah ditangani melalui penambahbaikan yang dilaksanakan sekarang,” katanya.

-- BERNAMA