BERITA TERKINI   Kerajaan berhasrat tambah peruntukan untuk usahawan kecil dalam Belanjawan 2027 - PM Anwar | Piala ASEAN FIFA: Bangladesh 0-3 Malaysia | Pengarah filem terkenal Tan Sri L. Krishnan meninggal dunia pada usia 103 tahun di Chiang Mai pada Khamis: keluarga | SPRM akan serah notis pengisytiharan harta kepada Datuk Seri Saravanan, isteri dan tiga anaknya Isnin ini - KP SPRM | Tokoh perfileman negara Tan Sri L. Krishnan meninggal dunia semalam di Chiang Mai, Thailand pada usia 104 tahun - KPE FINAS | 

42 Syarikat Dianugerah Projek FiT, Bakal Jana Pelaburan Bernilai RM4.3 Bilion

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 42 syarikat telah dianugerahkan projek di bawah mekanisme Tarif Galakan (FiT) 2026 dengan projek ini dijangka menjadi pemangkin bagi pelaburan yang bernilai kira-kira RM4.3 bilion. 

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata projek itu terdiri daripada 16 projek biogas, 11 projek biojisim dan 15 projek kuasa hidro kecil dengan jumlah kapasiti yang diluluskan sebanyak 331.355 megawatt.

“Ia dijangka menjana permintaan sekitar RM617 juta untuk enjin dan dandang gas buatan tempatan, dan mencipta kira-kira 7,738 peluang pekerjaan tidak langsung,” katanya semasa berucap pada Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa ke-7 (ISES 2026) di sini, hari ini.

Ad Banner

Beliau berkata projek biogas mempunyai jumlah kapasiti yang diluluskan sebanyak 26.185 megawatt, manakala projek biojisim menyumbang 135.94 megawatt dan projek kuasa hidro 169.23 megawatt.

Katanya, projek itu disasarkan untuk meningkatkan tenaga boleh baharu, memperkukuh rantaian bekalan domestik, menarik pelaburan serta menjana nilai ekonomi yang lebih besar untuk negara.

Akmal Nasrullah berkata secara keseluruhan, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah menerima 48 permohonan untuk projek biogas, biojisim dan sumber kuasa hidro kecil, yang mewakili kapasiti gabungan sebanyak 370,480 megawatt.

Ad Banner
Ad Banner

Menerusi sidang akhbar kemudiannya beliau berkata pemilihan itu mengambil kira faktor termasuk kesesuaian tapak, kadar tarif yang ditawarkan dan pertimbangan teknikal, serta ketersediaan ekosistem yang diperlukan untuk menyokong semua projek.

"Sasaran kami adalah untuk mereka berada dalam sistem menjelang 2029 hingga 2030," katanya.

-- BERNAMA