BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | 

TH Perlu Perkukuh Kelestarian Institusi, Lindungi Kepentingan Pendeposit

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) perlu memperkukuh aspek kelestarian institusi bagi memastikan ia bukan sahaja mampu bertahan dalam jangka panjang, malah mempunyai struktur tadbir urus, pengurusan risiko dan strategi pelaburan yang kukuh untuk melindungi kepentingan pendeposit.

Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Madya Dr Abdul Rahim Ridzuan berkata nilai terbesar Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) adalah untuk memulihkan keyakinan melalui ketelusan, selain membina sistem yang lebih kukuh untuk masyarakat.

“Kita tidak mahu RCI hanya menjadi sebagai satu laporan sejarah, kita mahu ia menjadi sebagai satu asas kepada reformasi supaya kelemahan yang dikenal pasti tidak lagi berulang,” katanya ketika menjadi tetamu dalam talian program Fokus15 terbitan Bernama TV bertajuk RCI Tabung Haji: Mengukur Kos Keyakinan terhadap Ekonomi hari ini.

Ad Banner

Abdul Rahim berkata pertumbuhan ekonomi dan keyakinan terhadap institusi merupakan dua aspek yang saling berkait dan tidak boleh dipisahkan kerana ekonomi yang kukuh memerlukan institusi yang dipercayai.

Pada masa sama, katanya, keyakinan terhadap institusi lebih mudah dipertahankan apabila pertumbuhan ekonomi mampu memberikan hasil yang nyata kepada rakyat.

"Saya melihat ini sebagai satu rantaian ekonomi. Tadbir urus yang baik akan membina keyakinan, manakala keyakinan pula akan menarik pelaburan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Pelaburan seterusnya akan meningkatkan kapasiti dan teknologi, manakala teknologi akan meningkatkan produktiviti, sekali gus mewujudkan lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi dan akhirnya akan meningkatkan gaji serta kuasa beli rakyat. Inilah rantaian ekonomi yang sebolehnya kita ingin capai," katanya.

-- BERNAMA