BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | 

SC Lulus Penyenaraian IOI Properties REIT Di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk penubuhan dan cadangan penyenaraian IOIPG Malaysia Real Estate Investment Trust (IOIPG REIT) di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

IOIPG berkata REIT itu akan mempunyai saiz dana permulaan sebanyak 5.5 bilion unit dan memperoleh portfolio hartanah untuk jumlah pertimbangan pembelian RM7.57 bilion. Pertimbangan ini akan dipenuhi melalui terbitan 5.5 bilion unit pada 90 sen setiap satu dan RM2.65 bilion tunai, yang akan dibiayai melalui terbitan sukuk.

Portfolio hartanah tersebut merangkumi IOI City Mall, IOI City Towers dan PFCC Towers, serta Putrajaya Marriott Hotel, Le Méridien Putrajaya, Moxy Putrajaya, Four Points by Sheraton Puchong, W Kuala Lumpur dan Courtyard by Marriott Penang.

Ad Banner

Cadangan tawaran ini terdiri daripada kira-kira 715.61 juta unit untuk pelabur runcit dan sehingga 1.48 bilion unit untuk pelabur institusi dan terpilih.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner