Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan meningkat pada sesi awal dagangan hari ini.

Pada 9.26 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2026 meningkat 1.5 mata kepada 1,735.5, September 2026 naik 5.5 mata kepada 1,717, Disember 2026 meraih lima mata kepada 1,718.5 manakala Mac 2027 meningkat setengah mata kepada 1,699.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,103 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 44,279 kontrak.

Ad Banner

Selain itu, setakat 9.48 pagi, FBM KLCI susut 4.57 mata kepada 1,732.58 berbanding 1,737.15 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner