BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki harga emas yang lebih tinggi di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. 

Laporan mengatakan bahawa bulion meningkat selepas terdapat tanda-tanda perkembangan ke arah pembukaan semula Selat Hormuz, sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai gangguan berpanjangan bekalan tenaga global akan menyebabkan inflasi terus meningkat. 

Pada penutup, kontrak semerta bulan Ogos 2026 meningkat kepada US$4,174.20 setiap auns troy daripada US$4,065.80 setiap auns troy pada Selasa, dan nota September 2026 mengukuh kepada US$4,186.40 setiap auns troy daripada US$4,077.40 sebelumnya.  

Ad Banner

Kontrak Oktober 2026, November 2026 dan Disember 2026 semuanya meningkat kepada US$4,200.00 setiap auns troy berbanding US$4,090.30 semalam.

Jumlah dagangan melonjak kepada 312 lot daripada 145 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 381 kontrak daripada 213 sebelumnya. 

Harga emas fizikal berada pada US$4,084.20 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 4 Ogos 2026. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA