BERITA TERKINI   Vantris Energy peroleh kontrak bernilai RM830 juta bagi pengangkutan, pemasangan dan perkhidmatan pelantar penggerudian di Malaysia | Sistem percukaian dunia perlu bergerak seiring dengan landskap ekonomi yang semakin cenderung ke arah pendigitalan - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) mencatat kenaikan.

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semerta baharu Ogos 2026 susut kepada US$4,065.80 setiap auns troy daripada US$4,067.70 setiap auns troy pada Isnin, manakala September 2026 turun kepada US$4,077.40 setiap auns troy berbanding US$4,079.80 sebelumnya.

Kontrak Oktober 2026, November 2026 dan Disember 2026 masing-masing berkurangan kepada US$4,090.30 setiap auns troy berbanding US$4,092.80 setiap auns troy semalam.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 145 lot daripada 116 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 213 kontrak berbanding 181 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,028.15 setiap auns troy pada penetapan petang London Bullion Market Association (LBMA) pada 3 Ogos, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner